image

Kunjungan Hormat TKP (Dasar) kepada Yang Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Kunjungan Hormat Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Rahim bin Shadan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kimia Malaysia kepada Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Bin Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diadakan bertempat di Pejabat Naib Canselor UNIMAS.

Kunjungan hormat ini bertujuan meningkatkan jalinan kerjasama antara KIMIA Malaysia dengan pihak UNIMAS.

Kunjungan hormat ini juga bertujuan menyampaikan hasrat menjemput UNIMAS sebagai Rakan Kolabrasi bagi menganjurkan Minggu Sains Negara 2020. KIMIA Sarawak sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Agensi Peneraju MSN 2020 peringkat Negeri Sarawak.

Kunjungan hormat ini turut disertai YBrs Tuan Mohd Izuan Othman, Pengarah KIMIA Sarawak, YBrs. Prof. Dr. Zainab Binti Ngaini dan YBrs. Prof. Madya Dr. Sim Siong Fong mewakili Institut Kimia Malaysia Cawangan Sarawak.

Diharapkan akan ada kesinambungan kerjasama antara KIMIA Sarawak, UNIMAS dan IKM Cawangan Sarawak dalam membantu membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi di Sarawak khasnya, dan Malaysia amnya.

image

Mesyuarat Kajian Semula Sistem Kualiti ANAB ISO/IEC 17025:2017 Tahun 2019

Mesyuarat Kajian Semula Sistem Kualiti ANAB ISO/IEC 17025:3017 Tahun 2019 dan Pra Audit ANAB Tahun 2020 telah diadakan di Dewan Syarahan Tingkat 1, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).

Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abd Rahman, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia Negeri/Cawangan.

Skip to content