Laman Web Rasmi
JABATAN KIMIA MALAYSIA

FAQ
FAQ
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklumbalas
Maklumbalas
peta laman
Peta Laman
Search
Close this search box.
Pusat Sehenti Halal

Apakah perkhidmatan analisis halal yang ditawarkan oleh Pusat Sehenti Analisis Halal?

  • Analisis Asid Deoksiribonukleik (DNA) haiwan dalam produk makanan, kosmetik, farmaseutikal, dan produk pengguna dengan menggunakan teknik yang sensitive dan tepat iaitu pengesanan gen Cytochrome b (Cyt b), menggunakan teknik Real-Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
  • Penentuan peratus alkohol (ethanol) dalam sampel makanan dan minuman menggunakan teknik Gas Chromatography Flame Ionization Detection (GC-FID).
  • Identifikasi kulit khinzir dalam produk kulit seperti beg tangan, kasut, jaket, karpet dan produk kulit lain menggunakan teknik ujian kimia, Fourier Transform Infrared Spectrophotometry (FTIR), stereomicroscopy dan Scanning Electron Microscopy (SEM).

Identifikasi bulu khinzir dalam produk berus seperti berus lukisan, berus cat, berus solekan dan produk berus lain menggunakan teknik ujian kimia, Fourier Transform Infrared Spectrophotometry (FTIR), stereomicroscopy, light microscopy dan Scanning Electron Microscopy (SEM).

Berapakah kos yang diperlukan?

Jenis Analisis Kos Analisis

  Analisis DNA haiwan

RM750 per parameter.

(Sebagai contoh parameter DNA khinzir, DNA lembu dan DNA kerbau, melibatkan tiga parameter, jumlah kos ialah RM2,250.00)

 Penentuan peratus alkohol (ethanol)

RM190 per sampel.

 Identifikasi kulit khinzir dan
 bulu khinzir

RM230 per sampel.

Bayaran penuh perlu dibuat semasa penyerahan sampel dengan menggunakan cek berpalang/draf bank kepada “Ketua Pengarah Kimia Malaysia”.

Sampel mestilah dihantar menggunakan syarikat penghantar (courier) atau diserahkan dengan segera ke Pusat Sehenti Analisis Halal, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Berapa lamakah tempoh analisis yang diperlukan?

30 hari kalendar. 

Apakah sampel yang sesuai dan berapakah kuantiti sampel yang diperlukan untuk analisis DNA haiwan, penentuan peratus alkohol (ethanol) dan identifikasi kulit khinzir dan bulu khinzir tersebut?

Sila klik capaian di bawah untuk prosedur penghantaran sampel perkhidmatan analisis halal, carta alir penghantaran sampel serta borang permohonan analisis. 

1. Garis Panduan Penghantaran Sampel

Garis Panduan Penghantaran Sampel : Perkhidmatan Analisis Halal

2. Borang Permohonan Perkhidmatan Analisis Halal

Open Book

3.  Carta Alir Penghantaran Sampel untuk Perkhidmatan Analisis Halal

Carta Alir Penghantaran Sampel Untuk Perkhidmatan Analisis Halal


Untuk sebutharga atau sebarang pertanyaan sila emel kepada:

halal@kimia.gov.my

Skip to content