image

Syarat-syarat dan Keperluan Pemeriksaan Dokumen

  • Dokumen yang dihantar untuk pemeriksaan mestilah dokumen asal
  • Dokumen salinan fotostat atau salinan karbon tidak sesuai untuk perbandingan dan akan menjejaskan pemeriksaan
  • Semua dokumen dan spesimen yang dihantar hendaklah ditandakan dan dinyatakan dengan jelas dalam surat iringan
  • Jenis pemeriksaan yang dikehendaki hendaklah dinyatakan dengan jelas
  • Spesimen yang dibekalkan hendaklah bersesuaian dan mencukupi bagi tujuan pemeriksaan yang efektif

Bayaran

Bahagian Pemeriksaan Dokumen turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan dokumen kepada pihak swasta mahupun individu persendirian. Kadar bayaran minimum yang dikenakan adalah sebanyak RM 1,100.00 bagi setiap kes. Kadar bayaran ini bergantung kepada jumlah sampel atau dokumen yang dipertikaikan. Sila rujuk kepada Prosedur dan Garis Panduan untuk kadar bayaran.

Prosedur dan Garis Panduan Penghantaran Kes Pemeriksaan Dokumen

Garis Panduan Penghantaran Kes Bahagian Pemeriksaan Dokumen

 

Pemeriksaan Dokumen

Hubungi kami :

Ketua Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat, Petaling Jaya
Tel: +603-7985 3855 | Faks: +603-7958 1173

Seksyen Pemeriksaan Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah
Tel: +6088-259090 | Faks: +6088-259955

Seksyen Pemeriksaan Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang
Tel: +604-2228373 | Faks: +604-2228306