Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM) berfungsi sebagai bahagian yang menguruskan program pembangunan sumber manusia secara menyeluruh kepada kakitangan Jabatan Kimia Malaysia. Di antara fungsi-fungsinya adalah:

1) Kursus Latihan Teknikal/Generik
     a) Menguruskan penganjuran/penyertaan kursus berdasarkan Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Kimia Malaysia

    • Dalam Negara
    • Luar Negara

     b) Pemantauan kehadiran 7 hari berkursus

2) Bertugas Rasmi Luar Negara
     Menguruskan permohonan dan kelulusan Mesyuarat/Persidangan/Simposium luar Negara.

3) Kursus Lepasan Ijazah

  • Menguruskan permohonan dan memantau pegawai yang mengikuti Kursus Lepasan Ijazah (M.Sc & Ph.D) dalam pelbagai bidang dibawah tajaan biasiswa (MESTECC  & JPA).

4) Latihan Industri
     Menguruskan permohonan dan menyelaras Latihan Industri bagi pelajar -pelajar dari IPTA dan IPTS sepanjang tahun.

5) Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan
     Menguruskan dan melaksanakan peperiksaan :-

  • Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).
  • Peperiksaan bagi Penolong Pegawai Sains Gred C27 dalam Percubaan.
  • Peperiksaan bagi Pembantu Makmal Gred C17 Dalam Percubaan.

6) Program Pementoran
     Menyelaras program pementoran/coaching jabatan.

7) Program Transformasi Minda
     Menguruskan Program Tranformasi Minda (PTM).