Bahagian ini mempertingkatkan lagi operasi dan fungsi pelbagai bahagian di Kimia Malaysia melalui pelaksanaan projek pembangunan, perolehan dan mengurus semua sistem maklumat jabatan. Aktiviti ini dilaksanakan oleh dua (2) seksyen dibawahnya iaitu Seksyen Pembangunan dan Perolehan dan Seksyen Teknologi Maklumat.

1.  Seksyen Pembangunan dan Perolehan

i)    Pembangunan

    • Menyelaras permohonan projek-projek pembangunan jabatan.
    • Menyediakan input teknikal kepada JKR untuk projek infrastruktur.
    • Memantau kemajuan projek-projek pembangunan.
    • Menyedikan unjuran keperluan peruntukan setiap suku tahun.
    • Mentadbir peruntukan dan mengemaskini status kemajuan dan kewangan projek.

ii)   Perolehan

    • Menyediakan perancangan perolehan tahunan.
    • Menguruskan perolehan secara tender ,sebutharga dan lain-lain.
    • Menyediakan dokumen kontrak bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan.
    • Menyelaras dan memantau penerimaan bekalan/perkhidmatan dan bayaran perolehan.
    • Meluluskan pesanan mengikut peruntukan yang telah diluluskan. 

2. Seksyen Teknologi Maklumat

  • Menyelaras keperluan Sistem Pengurusan Informasi makmal (SPIM) dan Aplikasi Pra-Pendaftaran SPIM.
  • Menguruskan penyelenggaraan  Laman Web Jabatan, Sistem Intranet, Sistem Helpdesk, Sistem Laporan Kedatangan dan Sistem Profail Latihan.
  • Menyelenggara e-mel, rangkaian dalaman Jabatan, talian wifi dan server dalaman Jabatan.
  • Memberi khidmat bantuan teknikal kepada pengguna SPIM, 1gfmas, Chemwatch, ePerolehan, Sistem Pengurusan SPA, Sistem Perpustakaan (vlib), Sistem HRMIS,  Proficiency Testing Online System (PTOS) dan MyGMO.
  • Membantu memberikan khidmat nasihat, bantuan teknikal dan latihan kepada pegawai dan pengguna.
  • Membuat pengesahan pelupusan peralatan komputer/ICT.
  • Perolehan peningkatan projek teknologi maklumat (IT).
  • Perancangan dan pemantauan keselamatan rangkaian teknologi maklumat (IT) Jabatan