Previous
Next

Pusat Analisis Sains Forensik Kimia Malaysia merupakan organisasi terkemuka di Malaysia dalam komuniti Sains Forensik yang menyediakan perkhidmatan forensik yang bebas dan berkecuali kepada sektor – sektor awam dan swasta. Di Pusat Analisis Sains Forensik Kimia Malaysia terdapat beberapa Bahagian iaitu :

image

Antara perkhidmatan ini termasuklah:

Kesemua ujian dan analisis ini dijalankan di Ibupejabat dan juga negeri, kecuali :-

1. Analisis pemprofilan DNA yang hanya ditawarkan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, di Cawangan Kuching, Sarawak dan semenjak 1hb Julai 2009 di Negeri Pulau Pinang.

2. Pemeriksaan Dokumen yang dipertikaikan pula dijalankan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya dan semenjak 1hb April 2009 di Negeri Sabah. Pusat Analisis Sains Forensik juga menawarkan perkhidmatan sokongan termasuklah keterangan saksi pakar, kuliah dan latihan praktikal kepada:

  • Agensi perundangan dan kehakiman
  • Pejabat Peguam Negara
  • Pelatih dibawah program latihan UNODC
  • Pelajar kursus ijazah muda dan sarjana sains forensik

Objektif Pusat Analisis Sains Forensik

1. Menjalankan dan memastikan operasi makmal sentiasa selaras dengan kaedah sains yang terbaik yang sedia ada.

2. Memastikan semua pemeriksaan dan analisis adalah tepat dari segi teknikal. Ini merangkumi bukan sahaja kerja-kerja makmal malah juga laporan yang ditulis, penyiasatan di tempat kejadian dan keterangan di mahkamah.

Peralatan dan Kemudahan yang Terdapat di Kimia Malaysia.

Kimia Malaysia menggunakan peralatan saintifik dan teknik-teknik terkini untuk memastikan analisis bahan kes yang tepat dan jitu. Peralatan yang terdapat di Kimia Malaysia termasuklah:

  • “Integrated Multi-Function Document Examination System” yang merangkumi “video spectral comparison and Raman Spectrometer”.
  • Enzyme Linked Immunosorbent Assay (ELISA) untuk pemeriksaan dadah berbahaya.
  • Kromatografi Gas yang mempunyai detector-detektor yang spesifik dan sensitif.
  • Sistem “Remedi HS Profiling” untuk penyaringan dadah dalam air kencing.
  • “High Performance Liquid Chromatographs” (HPLC) dengan “photodiode array detector”.
  • Kromatografi Gas dengan “mass selective detectors” (GCMS).
  • CO-oksimeter untuk analisis kandungan karbon monoksida dalam darah.
  • Mikroskop “Fourier Transform Infra-Red” (FTIR).
  • “Automated High Power Microscope” untuk pemeriksaan cakera padat cetak rompak.
  • Genetic Analyzer untuk analisis DNA.

Carta alir : Proses Permohonan Salinan Sah Laporan Kimia

Carta Alir Proses Permohonan Salinan Sah Laporan Kimia

Prosedur untuk Mendapatkan Salinan Laporan Ahli Kimia Malaysia yang Disahkan Benar

Prosedur untuk Mendapatkan Salinan Laporan Ahli Kimia Malaysia yang Disahkan Benar

Hubungi:

Pengarah Kanan
Pusat Analisis Sains Forensik
Jabatan Kimia Malaysia
Jalan Sultan
46661 Petaling Jaya
Selangor.
Tel:+603-7985 3871
Faks: +603-7958 3092/+603 7955 6764