Skip to content

Laman Web Rasmi JABATAN KIMIA MALAYSIA

FAQ
Soalan Lazim
Hubungi
Hubungi Kami
maklumbalas
Aduan & Maklumbalas
petalaman
Peta Laman
Laman Utama » Kunjungan Hormat Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia)

Kunjungan Hormat Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia)

image

Satu kunjungan hormat Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), YBrs. Profesor Dr. Nor Azmi Mohd Nor ke atas YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diadakan pada 17 februari 2020.

Kunjungan hormat ini antara lain turut membincangkan kerjasama diantara USM dan KIMIA Malaysia di dalam Analisis Forensik. Turut hadir di dalam kunjungan ini adalah YBrs. Tuan Haji Abdul Rahim bin Shadan, Timbalan Ketua Pengarah Dasar, YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Pengarah Kanan Pusat Analisis Sains Forensik, YBrs. En. Khairul Hadi bin Abdul Raof, Pengarah Bahagian Kriminalistik dan YBrs. Dr . Chang Kah Haw, Pensyarah Program Sains Forensik, USM.

Skip to content