Pameran E-GODAC sempena Karnival ESTREAMIC 2026 27 Jun 2026, Tawau – Sebagai kesinambungan Program STI 100³ (MOSTI) yang dilaksanakan tahun lalu, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Tawau (KIMIA Tawau) sekali lagi bekerjasama dengan SMK Kuhara menjayakan Pameran E-GODAC sempena Karnival ESTREAMIC 2026. By yazid yahya, 2 bulanJulai 1, 2026 ago
Mesyuarat Penyelarasan ‘Forensic DNA Databank Malaysia’ (FDDM) Bil. 1/2026 30 Jun 2026, Petaling Jaya – Satu Mesyuarat Penyelarasan ‘Forensic DNA Databank Malaysia’ (FDDM) Bil. 1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat D13 Jabatan Siasatan Jenayah, Cheras, Selangor pada 26 Jun 2026.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ChM Encik Ahmad Dahlan bin Ubaidah, Ketua Seksyen DNA Jenayah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) merangkap Timbalan Ketua Bank Data DNA Malaysia. By yazid yahya, 2 bulanJun 30, 2026 ago
Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Tahniah kepada pasukan Projek RKB Bahagian Toksikologi serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan dan menginstitusikan projek ini. By yazid yahya, 2 bulanJun 30, 2026 ago
Lawatan Kerja Turun Padang KSU MOSTI ke KIMIA Bintulu 11 Jun 2026, Bintulu – Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu (KIMIA Bintulu) telah menerima lawatan kerja turun padang daripada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 10 Jun 2026. By yazid yahya, 2 bulanJun 11, 2026 ago
Lawatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), IMU University dan UCSI University ke Ibu Pejabat KIMIA Malaysia 10 Jun 2026, Petaling Jaya – Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) hari ini berbesar hati menerima lawatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), IMU University dan UCSI University ke Ibu Pejabat KIMIA Malaysia. Sesi lawatan ini telah disertai oleh seramai 177 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar universiti tersebut. By yazid yahya, 2 bulanJun 10, 2026 ago
Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bagi bulan Jun 2026 9 Jun 2026, Petaling Jaya – Telah berlangsung dengan jayanya Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bagi bulan Jun 2026 yang dianjurkan oleh Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar (Pusat SEKITARAN) dan telah diadakan secara hibrid pada hari ini. By yazid yahya, 2 bulanJun 9, 2026 ago
Sesi Dialog antara Bahagian Kualiti Air dan Bahagian Bioteknologi KIMIA Malaysia bersama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 20 Mei 2026, Petaling Jaya – Bahagian Kualiti Air, Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar (Pusat SEKITARAN), Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menganjurkan satu sesi dialog antara Bahagian Kualiti Air dan Bahagian Bioteknologi KIMIA Malaysia bersama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini. Sesi dialog yang diadakan secara hibrid ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta daripada kedua-dua agensi. By yazid yahya, 3 bulanMei 20, 2026 ago
Ceramah dalam sesi di bawah Kursus Pegawai Pemusnahan Siri PP/30/2026 20 Mei 2026, Kluang – Bahagian Kriminalistik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menerima jemputan daripada Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) sebagai penceramah dalam salah satu sesi di bawah Kursus Pegawai Pemusnahan Siri PP/30/2026. Kursus ini telah dihadiri oleh 19 anggota pelbagai pangkat dalam Rejimen Askar Jurutera DiRaja. By yazid yahya, 3 bulanMei 20, 2026 ago
BENGKEL SEMAKAN PELAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (PKP), ANALISIS IMPAK PERKHIDMATAN (BIA) & PENILAIAN RISIKO (RA) ISO 22301 BCMS SIRI 2 TAHUN 2026 Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts ChM Puan Hajah Nor Aidora binti Saedon, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan (KIMIA Malaysia) yang sedang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan diadakan bagi menyemak semula dokumen utama dalam Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) selaras dengan piawaian ISO 22301 meliputi PKP, BIA dan RA bagi tahun 2026. By yazid yahya, 3 bulanMei 14, 2026 ago
MESYUARAT EMPAT PENJURU: MEMPERKUKUH SINERGI KEADILAN & FORENSIK NEGARA 4 MEI 2026, Cyberjaya – Satu platform strategik telah berlangsung hari ini menerusi penganjuran Mesyuarat Empat Penjuru Bilangan 1/2026 yang menggabungkan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Jabatan Peguam Negara (AGC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Mahkamah. Selanjutnya….. By yazid yahya, 4 bulanMei 4, 2026 ago