Majlis Pentauliahan Kompetensi Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam Bidang Analisis Kimia 15 September 2026, Melaka – YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menghadiri Majlis Pentauliahan Kompetensi Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam Bidang Analisis Kimia yang diadakan di Akademi Kastam Malaysia, Melaka pada hari ini. Program ini merupakan satu bentuk kerjasama strategik antara KIMIA Malaysia dan JKDM dalam memperkukuh kompetensi serta kepakaran pegawai JKDM dalam bidang analisis kimia, khususnya bagi menyokong pelaksanaan tugas dan penguatkuasaan di bawah bidang kuasa JKDM. By Lillian, 4 hariOktober 2, 2026 ago
Bengkel Kajian Semula Kaedah Analisis dan Pelaporan Sampel Makanan bagi Bekalan Kontrak Kerajaan Tahun 2026 6 Julai 2026, Petaling Jaya – Bengkel Kajian Semula Kaedah Analisis dan Pelaporan Sampel Makanan bagi Bekalan Kontrak Kerajaan Tahun 2026 anjuran Bahagian Kualiti Makanan dengan kerjasama Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM) telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Petaling Jaya pada 29 Jun hingga 3 Julai 2026. By Lillian, 2 mingguSeptember 22, 2026 ago
Bengkel Pembangunan Modul Latihan dan Manual Persampelan Bahan Pemusnah Ozon (BPO) anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) 3 Julai 2026, Putrajaya – Empat (4) orang Pegawai Sains Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menghadiri Bengkel Pembangunan Modul Latihan dan Manual Persampelan Bahan Pemusnah Ozon (BPO) anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 29 Jun hingga 3 Julai 2026 di Marriott Putrajaya. By Lillian, 2 mingguSeptember 22, 2026 ago
Kursus Pemantapan Pembantu Makmal (Calon Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan – PDP – Gred C1) Tahun 2026 3 Julai 2026, Melaka – Kursus Pemantapan Pembantu Makmal (Calon Peperiksaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan – PDP – Gred C1) Tahun 2026 telah diadakan pada 29 Jun – 3 Julai 2026 bertempat di Pusat Latihan Kimia Malaysia, Melaka. By Lillian, 2 mingguSeptember 22, 2026 ago
Perundingan Perkhidmatan Teknikal Klasifikasi Tarif Dagangan di bawah Perintah Duti Kastam 2022 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tahun 2026 15 September 2026, Melaka – Perundingan Perkhidmatan Teknikal Klasifikasi Tarif Dagangan di bawah Perintah Duti Kastam 2022 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tahun 2026 telah berlangsung pada 13 hingga 15 September 2026 bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya, Melaka. By Lillian, 2 mingguSeptember 22, 2026 ago
Mesyuarat Penyelarasan Berkaitan Penguatkuasaan dan Pensampelan serta Analisis Sampel E-Waste bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) 18 September 2026, Putrajaya – Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang diketuai oleh YBrs. ChM Dr. Malarvili Ramalingam berserta empat pegawai Bahagian Kualiti Alam Sekitar KIMIA Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Berkaitan Penguatkuasaan dan Pensampelan serta Analisis Sampel E-Waste bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Ibu Pejabat JAS, Putrajaya pada 17 September 2026. By Lillian, 2 mingguSeptember 22, 2026 ago
Pameran E-GODAC sempena Karnival ESTREAMIC 2026 27 Jun 2026, Tawau – Sebagai kesinambungan Program STI 100³ (MOSTI) yang dilaksanakan tahun lalu, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Tawau (KIMIA Tawau) sekali lagi bekerjasama dengan SMK Kuhara menjayakan Pameran E-GODAC sempena Karnival ESTREAMIC 2026. By yazid yahya, 3 bulanJulai 1, 2026 ago
Mesyuarat Penyelarasan ‘Forensic DNA Databank Malaysia’ (FDDM) Bil. 1/2026 30 Jun 2026, Petaling Jaya – Satu Mesyuarat Penyelarasan ‘Forensic DNA Databank Malaysia’ (FDDM) Bil. 1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat D13 Jabatan Siasatan Jenayah, Cheras, Selangor pada 26 Jun 2026.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ChM Encik Ahmad Dahlan bin Ubaidah, Ketua Seksyen DNA Jenayah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) merangkap Timbalan Ketua Bank Data DNA Malaysia. By yazid yahya, 3 bulanJun 30, 2026 ago
Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Tahniah kepada pasukan Projek RKB Bahagian Toksikologi serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan dan menginstitusikan projek ini. By yazid yahya, 3 bulanJun 30, 2026 ago
Lawatan Kerja Turun Padang KSU MOSTI ke KIMIA Bintulu 11 Jun 2026, Bintulu – Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu (KIMIA Bintulu) telah menerima lawatan kerja turun padang daripada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 10 Jun 2026. By yazid yahya, 4 bulanJun 11, 2026 ago