image

Lawatan Kerja Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Polis Diraja Malaysia ke Jabatan Kimia Malaysia

Satu lawatan kerja YDH. Dato’ Sri Rosli bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Polis Diraja Malaysia ke Jabatan Kimia Malaysia telah diadakan 18 Februari 2020. Kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman juga turut diadakan.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk menambah pengetahuan berkenaan analisis yang dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia. Jabatan Kimia Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM diatas lawatan kerja ini.

Semoga lawatan kerja ini akan mengeratkan lagi hubungan baik diantara KIMIA Malaysia dan PDRM di masa akan datang.

image

Kunjungan Hormat Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia)

Satu kunjungan hormat Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), YBrs. Profesor Dr. Nor Azmi Mohd Nor ke atas YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diadakan pada 17 februari 2020.

Kunjungan hormat ini antara lain turut membincangkan kerjasama diantara USM dan KIMIA Malaysia di dalam Analisis Forensik. Turut hadir di dalam kunjungan ini adalah YBrs. Tuan Haji Abdul Rahim bin Shadan, Timbalan Ketua Pengarah Dasar, YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Pengarah Kanan Pusat Analisis Sains Forensik, YBrs. En. Khairul Hadi bin Abdul Raof, Pengarah Bahagian Kriminalistik dan YBrs. Dr . Chang Kah Haw, Pensyarah Program Sains Forensik, USM.

image

Kunjungan Hormat Pegawai Siasatan Di Unit Integriti MESTECC

Satu kunjungan hormat dari En. Ho Ka Nyan, Pegawai Siasatan Di Unit Integriti, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) keatas Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).

Pertemuan ini antara lain membincangkan mengenai CRM (corruption risk management ) bagi Pelan Anti Rasuah Jabatan Kimia Malaysia.

image

INISIATIF MESTECC 2020

Satu Program MESTECC 2020: Kuasai. Laksana. Ungguli! telah diadakan di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South, Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan untuk berkongsi Inisiatif MESTECC 2020 ini, akan turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung antaranya ialah Citra Angkasa Bersama Angkasawan Negara, kaunter semakan rebat bil elektrik, STI Career Pathway Talk, pocket talks, ESTECC Education in School, Mobile Science on Wheels, explorace, Klinik Dana dan Klinik Insentif Hijau.

Jabatan Kimia Malaysia turut terlibat didalam mengadakan pameran di program berkenaan dimana Pameran Inisiatif Analisa Halal dan Pameran Inisiatif Analisa Gula turut dipamerkan.

image

Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) ke KIMIA Kedah

KIMIA Kedah dengan besar hati menerima rombongan delegasi sempena Lawatan Rasmi YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) ke jabatan ini hari ini.

YB Timbalan Menteri turut disertai oleh Ybhg. Ketua Pengarah JAS Malaysia, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAS dan juga Pengarah JAS Negeri Kedah.

YB Timbalan Menteri telah meluangkan masa untuk mendengar luahan dan pendapat kakitangan di semua peringkat selain melakukan lawatan ke makmal.

Di samping itu, YB Timbalan Menteri juga telah diberikan taklimat ringkas berkenaan projek STEM ROCKETRY yang dibangunkan oleh En. Kamalrul Zaman Zainol, Penolong Pegawai Sains di jabatan ini yang telah mendapat pembiayaan dan sokongan dari Bahagian Perkhidmatan Sains, Teknologi, Inovasi dan Pembudayaan MESTECC.

Semoga kunjungan turun padang dari pucuk pimpinan seperti ini dapat memberi gambaran jelas berkenaan permasalahan dan kekangan yang dihadapi di peringkat akar umbi dan seterusnya mencari jalan penyelesaian dalam menangani masalah tersebut

image

Kunjungan Hormat TKP (Dasar) kepada Yang Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Kunjungan Hormat Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Rahim bin Shadan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kimia Malaysia kepada Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Bin Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diadakan bertempat di Pejabat Naib Canselor UNIMAS.

Kunjungan hormat ini bertujuan meningkatkan jalinan kerjasama antara KIMIA Malaysia dengan pihak UNIMAS.

Kunjungan hormat ini juga bertujuan menyampaikan hasrat menjemput UNIMAS sebagai Rakan Kolabrasi bagi menganjurkan Minggu Sains Negara 2020. KIMIA Sarawak sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Agensi Peneraju MSN 2020 peringkat Negeri Sarawak.

Kunjungan hormat ini turut disertai YBrs Tuan Mohd Izuan Othman, Pengarah KIMIA Sarawak, YBrs. Prof. Dr. Zainab Binti Ngaini dan YBrs. Prof. Madya Dr. Sim Siong Fong mewakili Institut Kimia Malaysia Cawangan Sarawak.

Diharapkan akan ada kesinambungan kerjasama antara KIMIA Sarawak, UNIMAS dan IKM Cawangan Sarawak dalam membantu membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi di Sarawak khasnya, dan Malaysia amnya.

image

Mesyuarat Kajian Semula Sistem Kualiti ANAB ISO/IEC 17025:2017 Tahun 2019

Mesyuarat Kajian Semula Sistem Kualiti ANAB ISO/IEC 17025:3017 Tahun 2019 dan Pra Audit ANAB Tahun 2020 telah diadakan di Dewan Syarahan Tingkat 1, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).

Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abd Rahman, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia Negeri/Cawangan.

Skip to content