Mesyuarat Jabatan Kimia Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia
28 Februari 2020:
Mesyuarat Jabatan Kimia Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah. Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH CP Dato’ Huzir bin Mohamed.
Mesyuarat ini turut dihadiri dari Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Tuan Haji Abdul Rahim bin Shadan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Pengarah Kanan Forensik, YBrs. Tuan Haji Wan Kamaruzaman bin Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah serta dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian dari Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia.
PDRM diwakili oleh YDH CP Dato’ Zaini bin Jass, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH DCP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Timbalan Pengarah Perlucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan, Bukit Aman dan Pegawai- pegawai kanan PDRM dari Bukit Aman dan Kontinjen Sabah. Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, YA Tuan Khairul Anuar bin Abdul Halim dan Timbalan Pendakwaraya Negeri Sabah turut hadir ke mesyuarat terbabit.
Majlis Apresiasi MESTECC 2020
27 Februari 2020 :
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat menaikkan semangat warga KIMIA Malaysia untuk terus komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.
Majlis juga turut meraikan kakitangan yang telah dan akan bersara pada tahun 2020. Selamat bersara diucapkan buat semua pesara dan selamat maju jaya. Jasamu akan sentiasa dikenang.
Mesyuarat Ketua-Ketua Pusat / Negeri / Bahagian / Cawangan, Jabatan Kimia Malaysia Bil 1/2020
24-27 Februari 2020:
Mesyuarat Ketua-Ketua Pusat / Negeri / Bahagian / Cawangan, Jabatan Kimia Malaysia Bil 1/2020 melabuhkan tirai harini. Mesyuarat yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia, Kundasang, Sabah ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.
Program Semarak Tautan Kasih dan Program Estecc Education in School
25 Februari 2020:
Program Semarak Tautan Kasih dan Program Estecc Education in School telah berlansung di SK Kundasang, Ranau, Sabah. Program ini telah dianjurkan oleh PUSPANITA Jabatan Kimia Malaysia dengan kerjasama dari KIMIA Sabah, Kelab Sukan dan Kebajikan, PEMURNI dan SK Kundasang.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. Turut hadir adalah Puan Hajah Maimunah binti Nordin, Pengerusi PUSPANITA KIMIA Malaysia, En. Mohamad Yusof Radzuan bin Saad, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perkhidmatan STI dan Pembudayaan, MESTECC dan En. Ashly bin Kasin, SISC Plus Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan pada harini. Pihak KIMIA Malaysia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada SK Kundasang diatas kesudian pihak sekolah menerima delagasi kehadiran warga KIMIA Malaysia ke SK Kundasang pada harini.
Sesi perbincangan antara Kesatuan Kakitangan Jabatan Kimia Malaysia (Semenanjung Malaysia) bersama CUEPACS
18 Februari 2020:
Sesi perbincangan antara Kesatuan Kakitangan Jabatan Kimia Malaysia (Semenanjung Malaysia) bersama CUEPACS telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia.
Deligasi CUEPACS yang hadir bagi sesi perbincangan ini diketuai oleh Presiden CUEPACS, Tuan Haji Adnan Bin Mat yang turut membuat kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.
Perbincangan ini adalah bertujuan bagi merangka cadangan penambahbaikan skim jawatan Pembantu Operasi, Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains.
Sesi Dialog Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang.
18 Feb 2020 :
Tujuan dialog tersebut adalah untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit mengenai analisis, persampelan air dan lain-lain isu yang berkaitan.





































