The Twenty-Sixth Session of the Intergovernmental Meeting on the Acid Deposition Monitoring Network in East Asia (EANET) The Twenty-Sixth Session of the Intergovernmental Meeting on the Acid Deposition Monitoring Network in East Asia (EANET) telah berlangsung secara hibrid pada 27 hingga 28 November 2024 di Hotel Pullman, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Projek Penyelidikan Kualiti Udara Kerjasama antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi projek penyelidikan kualiti udara telah diadakan pada 26 dan 27 November 2024 di Pasir Gudang dan Gelang Patah di Johor. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Ujian Kemahiran (PTAC) tahun 2024 Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Ujian Kemahiran (PTAC) tahun 2024 telah diadakan pada hari ini dan dipengerusikan oleh YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia). By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Mesyuarat berkaitan Kerjasama Analisis Nutrien Dalam Makanan Mesyuarat berkaitan Kerjasama Analisis Nutrien Dalam Makanan bagi pengemaskinian My FCD antara Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diadakan pada hari ini secara hibrid. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Seksyen Kontaminasi, ChM Encik Hairul Nizwan bin Ab Manap dan wakil IMR hadir secara dalam talian dan diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Fairulnizal bin Md Noh. Turut serta secara fizikal dalam mesyuarat ini adalah pegawai-pegawai dari Bahagian Kualiti Makanan dan Bahagian Penjenisan Produk serta secara dalam talian adalah wakil-wakil daripada IMR. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Aktiviti Persampelan Kepelbagaian Spesis Terjadual dan Spesis Bernilai Pemeliharaan Tinggi telah dilaksanakan di Gunung Sarut, Setiu, Terengganu Satu Aktiviti Persampelan Kepelbagaian Spesis Terjadual dan Spesis Bernilai Pemeliharaan Tinggi telah dilaksanakan di Gunung Sarut, Setiu, Terengganu pada 18-21 November 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPN) dan turut disertai oleh seorang pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) iaitu Encik Muhammad Hidayat bin Rodzihan, Bahagian Bioteknologi, Pusat SEKITARAN. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Mesyuarat berkenaan Kalibrasi Thermometer Persampelan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Satu mesyuarat berkenaan Kalibrasi Thermometer Persampelan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dijalankan di mana mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ChM Encik Abdul Rahim bin Ismail, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kalibrasi. Seramai 3 ahli mesyuarat dari Institut Alam Sekitar (EiMAS) Jabatan Alam Sekitar telah hadir. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh 5 kakitangan KIMIA Malaysia yang daripada Bahagian Kualiti Alam Sekitar dan Seksyen Kalibrasi. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Kunjungan hormat ke Bahagian Antarabangsa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Antarabangsa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada hari ini. Delegasi KIMIA Malaysia yang diketuai oleh YBrs. Ts. ChM Puan Hajah Nor Aidora binti Saedon, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Balamurugan a/l Nallamuthu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa MOSTI. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Presiden CUEPACS, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak (KIMIA Sarawak) YBhg. Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak (KIMIA Sarawak) pada hari ini dan diiringi tujuh delegasi dari Sabah dan Sarawak. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas oleh YBrs. ChM Encik Biling Ak Peter Raig, Pengarah KIMIA Sarawak yang menekankan sejarah, peranan jabatan serta pencapaian penting, termasuk penyerahan opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh kakitangan KIMIA Sarawak. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Sesi Percubaan Persampelan Udara Menggunakan Teknologi Dron Bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Dengkil telah berlangsung satu sesi percubaan persampelan udara menggunakan teknologi dron. Ia adalah hasil susulan perbincangan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 15 November 2024 yang lalu berkenaan kerjasama dalam analisis sampel pencemar udara. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Lawatan ke Institut Perubatan Forensik Negara dan Unit Makmal Dadah dan Toksikologi Klinikal, Hospital Kuala Lumpur. Bahagian Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan lawatan ke Institut Perubatan Forensik Negara dan Unit Makmal Dadah dan Toksikologi Klinikal, Hospital Kuala Lumpur. Sepanjang lawatan yang berlangsung dalam dua sesi iaitu pada 12 dan 20 November 2024 ini pegawai dan kakitangan berpeluang menyaksikan sendiri proses bedah siasat yang dilakukan oleh doktor pakar forensik. Mereka juga mendapat pencerahan mendalam tentang kaedah pengambilan sampel untuk analisis toksikologi yang merupakan satu langkah kritikal dalam melengkapkan siasatan bagi sesuatu kes. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago