YBhg. Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak (KIMIA Sarawak) pada hari ini dan diiringi tujuh delegasi dari Sabah dan Sarawak. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas oleh YBrs. ChM Encik Biling Ak Peter Raig, Pengarah KIMIA Sarawak yang menekankan sejarah, peranan jabatan serta pencapaian penting, termasuk penyerahan opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh kakitangan KIMIA Sarawak. Categories: Berita Tags: Berita Kimia