Mesyuarat berkaitan Kerjasama Analisis Nutrien Dalam Makanan bagi pengemaskinian My FCD antara Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diadakan pada hari ini secara hibrid. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Seksyen Kontaminasi, ChM Encik Hairul Nizwan bin Ab Manap dan wakil IMR hadir secara dalam talian dan diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Fairulnizal bin Md Noh. Turut serta secara fizikal dalam mesyuarat ini adalah pegawai-pegawai dari Bahagian Kualiti Makanan dan Bahagian Penjenisan Produk serta secara dalam talian adalah wakil-wakil daripada IMR. Categories: Berita Tags: Berita Kimia