Satu mesyuarat berkenaan Kalibrasi Thermometer Persampelan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dijalankan di mana mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ChM Encik Abdul Rahim bin Ismail, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kalibrasi. Seramai 3 ahli mesyuarat dari Institut Alam Sekitar (EiMAS) Jabatan Alam Sekitar telah hadir. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh 5 kakitangan KIMIA Malaysia yang daripada Bahagian Kualiti Alam Sekitar dan Seksyen Kalibrasi. Categories: Berita Tags: Berita Kimia