Amanat bersempena Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari 2025. Pengurusan tertinggi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bersama warga kerja KIMIA Malaysia Ibu Pejabat, Negeri dan Cawangan turut bersama hari ini berkumpul bagi mendengar amanat YAB Perdana Menteri Malaysia secara dalam talian. By yazid yahya, 2 tahunJanuari 3, 2025 ago
Simulasi Makmal Bergerak Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Pelaksanaan Pensampelan Udara Siri 1 Simulasi Makmal Bergerak Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Pelaksanaan Pensampelan Udara Siri 1 telah diadakan dari 16 Disember hingga 20 Disember 2024 di Jalan Tandang, Seksyen 51 Petaling Jaya. Kerjasama ini melibatkan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan KIMIA Malaysia adalah untuk menentukan tahap udara di Jalan Tandang. By yazid yahya, 2 tahunDisember 23, 2024 ago
‘Hands on Eksperiment’ bertempat di SMK Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 18 Disember 2024 Bersempena dengan Program STI100^3 : Kitaran 1, 3 orang pegawai dari Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam yang diketuai oleh ChM Puan Suraini binti Mat Yasin telah mengadakan aktiviti ‘Hands on Eksperiment’ bertempat di SMK Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 18 Disember 2024. Seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4 telah menyertai aktiviti-aktiviti menarik ini antaranya Letupan Belon Kimia, Lava Lamp DIY dan Volcano Gunung Berapi. By yazid yahya, 2 tahunDisember 23, 2024 ago
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersama Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bil. 2 Tahun 2024 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersama Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bil. 2 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Syarahan, Ibu Pejabat KIMIA Malaysia pada 17 Disember 2024. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia dan YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim, Ketua Pengarah JPSM. By yazid yahya, 2 tahunDisember 23, 2024 ago
Pameran bagi Program STI Bersama Saintis National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM) Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) telah menyertai pameran bagi Program STI Bersama Saintis National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM) di Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) Pulau Pinang pada 12 Disember 2024. Pengunjung bagi pameran ini terdiri daripada pelajar sekolah sekitar Pulau Pinang. Seramai lima orang kakitangan KIMIA Kedah terlibat sebagai pempamer dalam program ini. Turut hadir bersama ialah Tuan Pengarah KIMIA Kedah, ChM Tuan Muhamad Hasirun bin Khalid. By yazid yahya, 2 tahunDisember 16, 2024 ago
Lawatan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) Satu lawatan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan) telah diadakan pada 11 Disember 2024. Beliau melawat KIMIA Kelantan selepas menyertai Misi Pasca Banjir Skuad Ihsan MADANI MOSTI di Sekolah Kebangsaan Bendang Pa’Yong, Tumpat, Kelantan. By yazid yahya, 2 tahunDisember 16, 2024 ago
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) hadir menerima sijil penghargaan dari Ketua Polis Negara Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad hadir menerima sijil penghargaan dari Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Razarudin Husain dalam Majlis Apresiasi OP Global 2024 anjuran Polis Diraja Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ChM Puan Siti Hajar Husin, Timbalan Pengarah Bahagian DNA Forensik, KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 2 tahunDisember 16, 2024 ago
Lawatan kerja oleh United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Satu lawatan kerja oleh United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diadakan pada 9 Disember 2024. Lawatan ini diketuai oleh Mr. Lawrence Peters, Programme Analyst Pasukan Iklim dan Tenaga UNDP Malaysia bersama empat orang pegawai UNDP dan dua orang pegawai JAS. By yazid yahya, 2 tahunDisember 12, 2024 ago
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang terakhir bagi tahun 2024 Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang terakhir bagi tahun 2024 telah diadakan pada hari ini secara hibrid bertempat di Dewan Syarahan Bangunan Forensik KIMIA Malaysia. Majlis Perhimpunan anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad. By yazid yahya, 2 tahunDisember 9, 2024 ago
Lawatan Kerja Rasmi oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah (KIMIA Sabah) Lawatan Kerja Rasmi oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah (KIMIA Sabah) telah diadakan pada 2 Disember 2024. Beliau diiringi oleh Encik Abdul Rahman bin Mohd Nordin, Setiausaha Agung CUEPACS, Encik Ajulahin Japin, Pengerusi CUEPACS Sabah, Puan Bertha Eldo, Setiausaha CUEPACS Sabah, Puan Rosie Popong, Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS-Wanita dan Encik Eddy Pooson, Pegawai Pelajaran CUEPACS Sabah. By yazid yahya, 2 tahunDisember 3, 2024 ago