Kitaran 1 program STI bertempat di SMK Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Program yang merupakan inisiatif MOSTI ini adalah dalam usaha memperkasakan STI dimana setiap agensi dipadankan dengan sekolah terpilih untuk menjalankan beberapa susulan aktiviti dalam memastikan kemahiran dan kepakaran Saintis dimanfaatkan secara optimum dalam membantu dan membimbing kumpulan sasaran program. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 4, 2025 ago
Program Science Café @ ABI telah dianjurkan oleh Institut Agro-Bioteknologi Malaysia, National Institute of Biotechnology Malaysia (ABI NIBM) Program ini bertujuan untuk memupuk perkongsian pengetahuan saintifik, meningkatkan penglibatan dan memperkukuhkan komunikasi dalam bidang sains. Selain itu, program ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan penyelidikan di kalangan saintis NIBM serta memberi manfaat kepada pensyarah dan pelajar universiti tempatan yang turut hadir ke program ini. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 4, 2025 ago
Bengkel Pengenalan Dan Pentauliahan Juruaudit EKSA Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada peserta berkaitan aspek penilaian dan kriteria pemarkahan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan EKSA di Jabatan. Bengkel ini juga memberi pendedahan kepada juruaudit berkaitan proses pengauditan EKSA agar menepati kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 4, 2025 ago
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membuat lawatan turun padang ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) YBhg. Dato’ dibawa melawat dan diberi taklimat ringkas berkenaan status bagi projek pembaikan sistem penyaman udara, penyelenggaraan elektrik dan penggantian sistem gas suppression di KIMIA Kedah. By yazid yahya, 2 tahunJanuari 13, 2025 ago
Lawatan ke Makmal Analisis Halal JAKIM (MyHAC) Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan perbincangan dua hala berkenaan analisis halal dan kerjasama yang boleh ditingkatkan lagi untuk memperkembangkan analisis halal diperingkat global. By yazid yahya, 2 tahunJanuari 13, 2025 ago
Kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI pada 8 Januari 2024 Sesi kunjungan hormat ini antara lainnya bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam menambah baik mutu perkhidmatan awam. Hadir sama YBrs. Puan Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia dan YBrs. Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC. By yazid yahya, 2 tahunJanuari 10, 2025 ago
Lawatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka, Pahang sempena Hari Terbuka Berkala Siri 1/2025 Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kaedah-kaedah yang digunakan dalam eksperimen makmal bagi meningkatkan pemahaman para pelajar tentang aplikasi dalam bidang kimia. By yazid yahya, 2 tahunJanuari 9, 2025 ago
5 orang pegawai dari Pusat Analisis Industri diketuai oleh ChM Muhammad Fazli bin Mad Saad telah berjaya melengkapkan Kitaran 1 program STI 100*3 Program ini merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inivasi (MOSTI) dalam memperkasakan STI dimana setiap saintis dipadankan dengan sekolah terpilih untuk menjalankan aktiviti dalam memastikan kemahiran dan kepakaran Saintis dimanafaatkan secara optimum dalam membantu dan membimbing kumpulan sasaran program. By yazid yahya, 2 tahunJanuari 9, 2025 ago
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang pertama bagi tahun 2025 Majlis Perhimpunan anjuran bersama Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM) dan Bahagian Pembangunan dan Teknologi Maklumat (PTM) ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad. By yazid yahya, 2 tahunJanuari 9, 2025 ago
Pameran sains dan interaktif yang diadakan di SK Bandar Teknologi Kajang bersempena Minggu Kerjaya Pelbagai aktiviti dan eksperimen sains telah diadakan yang mendapat sambutan menggalakkan dari lebih 2100 orang pengunjung yang terdiri daripada para pelajar guru sekolah tersebut. By yazid yahya, 2 tahunJanuari 9, 2025 ago