Lawatan kerja rasmi YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Tuan Chang Lih Kang telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu (KIMIA Sibu) Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau perkembangan projek pembangunan yang telah dan sedang dijalankan di KIMIA Sibu dan rombongan ini juga turut mengadakan lawatan ke makmal-makmal. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago
Retreat KIMIA Malaysia Bilangan 1/2025 Retreat yang diadakan dua kali setahun ini berperanan sebagai platform penting bagi pihak pengurusan untuk berkongsi maklumat dan merangka strategi, memastikan setiap pusat, bahagian, negeri dan cawangan bergerak seiring dan selaras dalam mencapai objektif jabatan. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago
Bengkel Pengharmonian Klasifikasi Fail (KF) Ke Arah Pelaksanaan DDMS 2.0 Bengkel ini diadakan bertujuan menyediakan Klasifikasi Fail Urusan Am dan Urusan Fungsian bagi memenuhi Pelan Strategik KIMIA Malaysia untuk melaksanakan Digital Document Management System (DDMS 2.0) sebelum berakhir 2025. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago
Majlis Amanat Puan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang bertema “Transformasi Minda Kemapanan KIMIA” YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad telah menekankan kepentingan memperkukuhkan asas dan memacu kemajuan ke hadapan. Beliau memfokuskan beberapa perkara termasuk peningkatan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan, pemantapan peranan Jabatan dalam sektor STI, program pembudayaan STI ke seluruh negara, integriti tunjang keberkatan dan kepercayaan, Reformasi Kerenah Birokrasi, pemodenan KIMIA Malaysia serta keseronokan bekerja. Ini bagi memperkukuhkan pencapaian jabatan ke tahap yang lebih cemerlang. Semua warga KIMIA Malaysia perlu berganding bahu, saling menyokong dan sentiasa berinovasi untuk menjadikan KIMIA Malaysia satu organisasi yang berdaya saing dan menuju ke arah yang lebih cemerlang. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago
Program Accelerated Course for Competency Excellence (ACE) di University of Central Lancashire Satu lawatan telah diadakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian, Kluster Pembangunan Strategik Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), YBrs. Puan Hartini binti Rabu, bagi memantau kemajuan pegawai Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang sedang mengikuti program Accelerated Course for Competency Excellence (ACE) di University of Central Lancashire, United Kingdom pada 30 Januari 2025. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago
Satu Perbincangan Tatacara Persampelan Penguatkuasaan LMO dan Hasilannya Berdasarkan Akta Biokeselamatan 2007 Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Malarvili a/p Ramalingam, Pengarah Bahagian Bioteknologi dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Seksyen Penguatkuasaan dan Pemantauan, Jabatan Biokeselamatan (JBK) serta Ketua Seksyen dan Pegawai-pegawai dari Seksyen GMO. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 6, 2025 ago
Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Cyberjaya pada 23 Januari 2025 Semasa program ini juga, pihak MIGHT telah menyampaikan sijil keahlian kepada Puan Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. Dengan ini KIMIA Malaysia secara rasminya telah didaftar sebagai ahli tetap MIGHT. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 6, 2025 ago
Kursus Asas CBRNe 101 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai seorang responder terhadap bencana kimia dan juga ancaman senjata kimia dalam pengurusan insiden Chemical, Biology, Radiological, Nuclear and explosive (CBRNe). By yazid yahya, 2 tahunFebruari 6, 2025 ago
Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk membentangkan butiran perancangan dan cadangan yang terkandung dalam Kertas Kerja Cadangan Perasmian Bangunan Tambahan KIMIA Johor. Selain itu, ia juga adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Kerajaan Negeri Johor serta membincangkan isu-isu berkaitan analisis yang melibatkan KIMIA Malaysia, khususnya di negeri Johor. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 6, 2025 ago
Sambutan Jubli Emas Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) Pegawai-pegawai dari Bahagian Narkotik, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah dijemput bagi mengadakan pameran sempena sambutan Jubli Emas Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 16 Januari 2025 yang bertempat di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 4, 2025 ago