YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad telah menekankan kepentingan memperkukuhkan asas dan memacu kemajuan ke hadapan. Beliau memfokuskan beberapa perkara termasuk peningkatan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan, pemantapan peranan Jabatan dalam sektor STI, program pembudayaan STI ke seluruh negara, integriti tunjang keberkatan dan kepercayaan, Reformasi Kerenah Birokrasi, pemodenan KIMIA Malaysia serta keseronokan bekerja. Ini bagi memperkukuhkan pencapaian jabatan ke tahap yang lebih cemerlang. Semua warga KIMIA Malaysia perlu berganding bahu, saling menyokong dan sentiasa berinovasi untuk menjadikan KIMIA Malaysia satu organisasi yang berdaya saing dan menuju ke arah yang lebih cemerlang. Categories: Berita Tags: Berita Kimia