Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad telah mengadakan kunjungan hormat ke SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Noor Afiza binti Salleh, bersama-sama dengan Timbalan Pengarah KIMIA Kedah, Puan Aishah binti Che Ani. Dalam sesi pertemuan ini, Ketua Pengarah berkesempatan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan sekolah serta berkongsi inspirasi dan pengalaman dalam bidang sains dan penyelidikan. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau yang pertama bagi tahun 2025 ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) YBrs. Puan Ketua Pengarah disambut oleh pengurusan tertinggi KIMIA Kedah iaitu YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid, Pengarah KIMIA Kedah bersama ChM Puan Siti Aishah binti Che Ani, Timbalan Pengarah KIMIA Kedah, YBrs. ChM Dr. Nur Nazihah binti Md Shahari, Ketua Bahagian Analisis Sekitaran dan Industri serta warga kerja KIMIA Kedah. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-46 Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Utara Sebagai Pendaftar IKM, YBrs. Ketua Pengarah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada IKM Cawangan Utara atas keaktifan mereka dalam menganjurkan pelbagai program sepanjang tahun 2024. Beliau turut menzahirkan harapan agar usaha ini dapat diteruskan bagi memperkukuh pembangunan profesional dalam bidang kimia di Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Lawatan ke Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lawatan ini diketuai oleh YBrs. ChM Dr. Malarvili a/p Ramalingam, Pengarah Bahagian Bioteknologi, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan disertai oleh ahli-ahli KKT GMO yang lain iaitu MARDI, Makmal Kualiti dan Keselamatan Makanan (MKKM), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Jabatan Pertanian, UiTM Shah Alam dan UKM. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Asian Forensic Sciences Network (AFSN) Board Members Bil.1 Tahun 2025 Agenda yang telah dibincangkan di mesyuarat ini antaranya adalah perkembangan terkini barkaitan AFSN, permohonan baru dari institusi-institusi forensik di Asia untuk menganggotai AFSN, perkembangan penganjuran simposium AFSN di Korea pada 15-19 September 2025, serta perancangan aktiviti bagi ahli AFSN. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Joint NAM S&T Centre – JSS AHER, Mysuru, India Fellowship 2025 Program ini dianjurkan oleh Centre for Science and Technology of the Non-Aligned and Other Developing Countries (NAM S&T Centre) dengan kerjasama JSS Academy of Higher Education & Research (JSS AHER), Mysuru, India dan terbuka kepada penyelidik dalam bidang berkaitan dari negara anggota NAM S&T Centre. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Program School’s Out Kids In (SOKI) Siri 1/2025, anjuran Pusat Sains Negara (PSN) SOKI merupakan program tahunan bersempena cuti sekolah dalam usaha PSN mempergiat pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan pelajar dan masyarakat serta bertujuan memberi nilai tambah pengisian STI kepada pengunjung PSN yang meningkat sepanjang tempoh cuti sekolah. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago
Global Women Breakfast, GWS2025 Satu program sembang santai bertajuk Global Women Breakfast, GWS2025 telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (KIMIA Pahang) pada 10 Februari 2025 secara hibrid yang melibatkan semua warga kerja wanita KIMIA Pahang termasuk Pengarah KIMIA Pahang, ChM Puan Muzaiyanah binti Mohd Kaprawi. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago
The Republican Center of Forensic Expertise named after Kh. Sulaymanova, Uzbekistan telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu forensik secara webinar Webinar ini amat bermakna kerana ia merupakan inisiatif pertama selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang Sains Forensik antara Malaysia dan Uzbekistan pada 5 Februari 2025. MoU ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang penyelidikan, pertukaran kepakaran serta pemerkasaan teknologi analisis forensik bagi menangani cabaran jenayah yang semakin kompleks. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago
Program Accelerated Course For Competency Excellence (ACE) Tujuan kunjungan ini adalah adalah untuk berkongsi pendapat dan cadangan daripada para peserta ACE mengenai keselamatan makanan Halal di Malaysia. Ia juga memberi manfaat kepada peserta ACE dalam menyelami pendekatan strategik Malaysia terhadap keselamatan makanan dengan menekankan perbincangan mendalam mengenai isu-isu mendesak dalam sistem makanan global dan serantau, terutamanya cabaran yang timbul akibat perubahan iklim dan keperluan untuk penyelesaian inovasi dalam agrobisnis. By yazid yahya, 2 tahunFebruari 20, 2025 ago