Kursus Pengukuhan Tatacara Persampelan Mikrobiologi Makanan dan Pelaksanaan Sistem e-Profil Pegawai Sains Seksyen Mikrobiologi, Bahagian Bioteknologi, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Encik Mohamed Nizam bin Mohamed Noordin telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Pengukuhan Tatacara Persampelan Mikrobiologi Makanan dan Pelaksanaan Sistem e-Profil. anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang telah diadakan pada 24-26 Februari 2025 di Swiss Bel Hotel, Kuantan, Pahang By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu (KIMIA Sibu) Majlis ini dihadiri oleh semua warga kerja KIMIA Sibu yang turut mendapat peluang untuk bertemu dan berbincang secara langsung dengan Puan Ketua Pengarah dalam sesi townhall yang telah diadakan untuk mendengar isu-isu serta cadangan yang dibangkitkan. Sesi ini memberi peluang kepada warga kerja KIMIA Sibu untuk menyuarakan pandangan dan mendapatkan penjelasan terus daripada pihak pengurusan. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Pasukan Tindakan CBRNe Jabatan kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah terlibat dalam eksesais mantis anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM) dari 17-20 Februari 2025 di Pelabuhan Klang Eksesais itu turut disertai oleh pasukan 21 Grup Gerak Khas (21 GGK), 12 Skn RAJD (CBRNe), Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut dibantu oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Pasukan Khas Tentera Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) dan Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
MAJLIS APRESIASI FORENSIK 2024: PENGHARGAAN TERHADAP SUMBANGAN & KOMITMEN WARGA FORENSIK Acara ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan kakitangan dalam pelbagai aspek, termasuk penglibatan dalam aktiviti luar seperti pameran, sesi penceramah, serta pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penghargaan ini selaras dengan Garis Panduan Pembudayaan Keseronokan Bekerja Sektor Awam yang menekankan pentingnya pengiktirafan sebagai motivasi untuk membina persekitaran kerja yang lebih positif, inovatif dan berprestasi tinggi. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Program Pementoran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2025 telah diadakan 18-20 Februari 2025 bertempat di Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Psikologi MOSTi bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti keperluan pembelajaran mentor dan menti serta perkongsian pengalaman dan kepakaran antara mentor dan menti secara sistematik. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Bengkel Penstrukturan Semula Jawatankuasa Standard Kebangsaan berkenaan Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membincangkan dan menyusun semula Jawatankuasa Pembangunan Standard di bawah NSC 26 serta mengkaji dan menambahbaik skop NSC dan Technical Committees (TC) di bawahnya. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Program STI 100*3 yang diketuai oleh ChM Sudirman bin Awaludin, dengan mengadakan pelbagai program seperti “Sembang Saintis”, pameran dan kuiz sains dalam usaha menarik minat pelajar di dalam bidang STEM Program STI 100*3 ini diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri dan dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan 100 saintis yang dilantik dari pelbagai agensi yang dipadankan dengan 100 sekolah dengan tujuan memupuk minat terhadap STI dalam kalangan pelajar sekolah. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Majlis Dialog Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Majlis ini dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Haji Nazarudin bin Mohamed@Ibrahim, Pengarah Bahagian Kualiti Alam Sekitar dan dihadiri oleh Tuan Ismail bin Hj. Tawnie, P.Geol, Pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi, NAHRIM serta pegawai-pegawai daripada NAHRIM. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Pegawai Daerah Kota Setar Dalam sesi tersebut, Puan Ketua Pengarah turut memaklumkan bahawa Program Santuni dan Kampung Angkat Madani ini diadakan di Kampung Terung Asam yang merupakan sebahagian daripada kawasan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Mesyuarat antara MARKES International dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ChM Puan Faridah binti Ab. Rahim, Ketua Seksyen Analisis Logam Surihan, KIMIA Malaysia dan wakil dari MARKES adalah YBrs. Dr. Caroline Wuddowson dan YBrs. Dr. Lee Bai Qin bagi membincangkan penggunaan semasa Unity-CIA-Kori-Ultra, di mana pihak KIMIA Malaysia memberikan maklum balas mengenai prestasi dan keberkesanannya dalam operasi makmal. Selain itu, perbincangan mengenai keberkesanan latihan TO-15 di Amerika Syarikat pada tahun 2024 dapat di adaptasi dalam makmal dan pembangunan kaedah. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago