Acara ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan kakitangan dalam pelbagai aspek, termasuk penglibatan dalam aktiviti luar seperti pameran, sesi penceramah, serta pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penghargaan ini selaras dengan Garis Panduan Pembudayaan Keseronokan Bekerja Sektor Awam yang menekankan pentingnya pengiktirafan sebagai motivasi untuk membina persekitaran kerja yang lebih positif, inovatif dan berprestasi tinggi. Categories: Berita Tags: Berita Kimia