Webinar ini amat bermakna kerana ia merupakan inisiatif pertama selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang Sains Forensik antara Malaysia dan Uzbekistan pada 5 Februari 2025. MoU ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang penyelidikan, pertukaran kepakaran serta pemerkasaan teknologi analisis forensik bagi menangani cabaran jenayah yang semakin kompleks. Categories: Berita Tags: Berita Kimia