Kursus Teori dan Praktikal Pengendalian dan Penyelenggaraan Peralatan Gas Chromatography Mass Spectrometer (GCMS) Satu Kursus Teori dan Praktikal Pengendalian dan Penyelenggaraan Peralatan Gas Chromatography Mass Spectrometer (GCMS) telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Kalibrasi dengan kerjasama Syarikat Agilent Technologies Sdn. Bhd. Kursus ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu teori dan praktikal yang telah diadakan di Ibu pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia). By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Lawatan Ilmiah oleh Bahagian Pemeriksaan Dokumen bersama Bahagian Kriminalistik, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Satu sesi Lawatan Ilmiah oleh Bahagian Pemeriksaan Dokumen bersama Bahagian Kriminalistik, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) ke Pusat Operasi Lembah Sari Sdn. Bhd. telah diadakan pada hari ini. Ketibaan pegawai KIMIA Malaysia telah disambut oleh Encik Ahmad Zaki Mohd Wahi, Pengurus Projek Lembah Sari Sdn Bhd. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Program Pameran Sains, Teknologi dan Matematik Sempena Karnival Pendidikan Khas Pegawai-Pegawai Bahagian Kualiti Makanan, Pusat SEKITARAN, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menyertai Program Pameran Sains, Teknologi dan Matematik Sempena Karnival Pendidikan Khas yang bertempat di SK Putrajaya Presint 18(1). By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang kesebelas bagi tahun 2024 Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang kesebelas bagi tahun 2024 telah diadakan pada hari ini secara hibrid bertempat di Dewan Syarahan Bangunan Forensik KIMIA Malaysia. Majlis Perhimpunan anjuran Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam (Pusat INDUSTRI) ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Pembentangan di CBRNe Summit Asia 2024 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah dijemput bagi menyampaikan pembentangan di CBRNe Summit Asia 2024 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur hari ini. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear, and Explosives (CBRNe) yang semakin menjadi perhatian utama di peringkat serantau dan antarabangsa. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan Bahagian Bioteknologi, Pusat SEKITARAN dan Bahagian Metrologi Kimia, Pusat KUALITI, Ibu pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menyertai Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Akhir Kebangsaan yang telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 17-18 November 2024. By yazid yahya, 2 tahunDisember 2, 2024 ago
Sesi perbincangan berkaitan Kerjasama Analisis Sampel Pencemar Udara di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Satu sesi perbincangan berkaitan Kerjasama Analisis Sampel Pencemar Udara di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diadakan pada 15 November 2024. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Keselamatan Kimia, ChM Encik Muhammad Fauzi bin Ghazali dan delegasi UTM diketuai oleh YBrs. Dr. Faizuan. By yazid yahya, 2 tahunNovember 18, 2024 ago
Majlis Dialog Bersama Pelanggan Seksyen Makanan dan Air antara Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah (KIMIA Sabah) Satu Majlis Dialog Bersama Pelanggan Seksyen Makanan dan Air antara Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah (KIMIA Sabah) dengan Unit inspektorat dan Unit Kawalan Mutu Air Minum Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada hari ini. By yazid yahya, 2 tahunNovember 18, 2024 ago
Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) di Penjara Kajang pada 13 November 2024 Bahagian Analisis Halal, Pusat Industri dan Tarif Kastam (Pusat INDUSTRI) dengan kerjasama Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar (Pusat SEKITARAN), Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah berjaya menganjurkan satu Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) di Penjara Kajang pada 13 November 2024. Delegasi yang diketuai oleh YBrs. ChM Puan Hajah Zaraiha binti Awang bersama dengan YBrs. ChM Tuan Haji Shafek Hamlan bin Abdul Hamid serta 13 orang pegawai telah hadir ke program ini. By yazid yahya, 2 tahunNovember 18, 2024 ago
Sambutan Hari Terbuka pada 10 November 2024 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Ismail bin Hj Lasim, Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) telah mengadakan Sambutan Hari Terbuka pada 10 November 2024. Hari Terbuka ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Ismail bin Hj Lasim, Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan. Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang diwakili oleh Bahagian Pengurusan Kualiti dan Inovasi, Pusat KUALITI, Ibu Pejabat tidak ketinggalan dalam menyertai pameran ini dengan mempamerkan sampel-sampel kes dan mengadakan permainan interaktif bagi menarik minat pelajar dalam bidang memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). By yazid yahya, 2 tahunNovember 18, 2024 ago