Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) telah mengadakan Sambutan Hari Terbuka pada 10 November 2024. Hari Terbuka ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Ismail bin Hj Lasim, Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan. Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang diwakili oleh Bahagian Pengurusan Kualiti dan Inovasi, Pusat KUALITI, Ibu Pejabat tidak ketinggalan dalam menyertai pameran ini dengan mempamerkan sampel-sampel kes dan mengadakan permainan interaktif bagi menarik minat pelajar dalam bidang memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Categories: Berita Tags: Berita Kimia