Bahagian Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan lawatan ke Institut Perubatan Forensik Negara dan Unit Makmal Dadah dan Toksikologi Klinikal, Hospital Kuala Lumpur. Sepanjang lawatan yang berlangsung dalam dua sesi iaitu pada 12 dan 20 November 2024 ini pegawai dan kakitangan berpeluang menyaksikan sendiri proses bedah siasat yang dilakukan oleh doktor pakar forensik. Mereka juga mendapat pencerahan mendalam tentang kaedah pengambilan sampel untuk analisis toksikologi yang merupakan satu langkah kritikal dalam melengkapkan siasatan bagi sesuatu kes. Categories: Berita Tags: Berita Kimia