Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Cyberjaya pada 23 Januari 2025 Semasa program ini juga, pihak MIGHT telah menyampaikan sijil keahlian kepada Puan Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. Dengan ini KIMIA Malaysia secara rasminya telah didaftar sebagai ahli tetap MIGHT. By yazid yahya, 1 tahunFebruari 6, 2025 ago
Kursus Asas CBRNe 101 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai seorang responder terhadap bencana kimia dan juga ancaman senjata kimia dalam pengurusan insiden Chemical, Biology, Radiological, Nuclear and explosive (CBRNe). By yazid yahya, 1 tahunFebruari 6, 2025 ago
Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk membentangkan butiran perancangan dan cadangan yang terkandung dalam Kertas Kerja Cadangan Perasmian Bangunan Tambahan KIMIA Johor. Selain itu, ia juga adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Kerajaan Negeri Johor serta membincangkan isu-isu berkaitan analisis yang melibatkan KIMIA Malaysia, khususnya di negeri Johor. By yazid yahya, 1 tahunFebruari 6, 2025 ago
Sambutan Jubli Emas Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) Pegawai-pegawai dari Bahagian Narkotik, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah dijemput bagi mengadakan pameran sempena sambutan Jubli Emas Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 16 Januari 2025 yang bertempat di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. By yazid yahya, 1 tahunFebruari 4, 2025 ago
Kitaran 1 program STI bertempat di SMK Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Program yang merupakan inisiatif MOSTI ini adalah dalam usaha memperkasakan STI dimana setiap agensi dipadankan dengan sekolah terpilih untuk menjalankan beberapa susulan aktiviti dalam memastikan kemahiran dan kepakaran Saintis dimanfaatkan secara optimum dalam membantu dan membimbing kumpulan sasaran program. By yazid yahya, 1 tahunFebruari 4, 2025 ago
Program Science Café @ ABI telah dianjurkan oleh Institut Agro-Bioteknologi Malaysia, National Institute of Biotechnology Malaysia (ABI NIBM) Program ini bertujuan untuk memupuk perkongsian pengetahuan saintifik, meningkatkan penglibatan dan memperkukuhkan komunikasi dalam bidang sains. Selain itu, program ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan penyelidikan di kalangan saintis NIBM serta memberi manfaat kepada pensyarah dan pelajar universiti tempatan yang turut hadir ke program ini. By yazid yahya, 1 tahunFebruari 4, 2025 ago
Bengkel Pengenalan Dan Pentauliahan Juruaudit EKSA Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada peserta berkaitan aspek penilaian dan kriteria pemarkahan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan EKSA di Jabatan. Bengkel ini juga memberi pendedahan kepada juruaudit berkaitan proses pengauditan EKSA agar menepati kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. By yazid yahya, 1 tahunFebruari 4, 2025 ago
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membuat lawatan turun padang ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) YBhg. Dato’ dibawa melawat dan diberi taklimat ringkas berkenaan status bagi projek pembaikan sistem penyaman udara, penyelenggaraan elektrik dan penggantian sistem gas suppression di KIMIA Kedah. By yazid yahya, 1 tahunJanuari 13, 2025 ago
Lawatan ke Makmal Analisis Halal JAKIM (MyHAC) Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan perbincangan dua hala berkenaan analisis halal dan kerjasama yang boleh ditingkatkan lagi untuk memperkembangkan analisis halal diperingkat global. By yazid yahya, 1 tahunJanuari 13, 2025 ago
Kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI pada 8 Januari 2024 Sesi kunjungan hormat ini antara lainnya bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam menambah baik mutu perkhidmatan awam. Hadir sama YBrs. Puan Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia dan YBrs. Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC. By yazid yahya, 1 tahunJanuari 10, 2025 ago