Program Pementoran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2025 telah diadakan 18-20 Februari 2025 bertempat di Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Psikologi MOSTi bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti keperluan pembelajaran mentor dan menti serta perkongsian pengalaman dan kepakaran antara mentor dan menti secara sistematik. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Bengkel Penstrukturan Semula Jawatankuasa Standard Kebangsaan berkenaan Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membincangkan dan menyusun semula Jawatankuasa Pembangunan Standard di bawah NSC 26 serta mengkaji dan menambahbaik skop NSC dan Technical Committees (TC) di bawahnya. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Program STI 100*3 yang diketuai oleh ChM Sudirman bin Awaludin, dengan mengadakan pelbagai program seperti “Sembang Saintis”, pameran dan kuiz sains dalam usaha menarik minat pelajar di dalam bidang STEM Program STI 100*3 ini diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri dan dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan 100 saintis yang dilantik dari pelbagai agensi yang dipadankan dengan 100 sekolah dengan tujuan memupuk minat terhadap STI dalam kalangan pelajar sekolah. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Majlis Dialog Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Majlis ini dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Haji Nazarudin bin Mohamed@Ibrahim, Pengarah Bahagian Kualiti Alam Sekitar dan dihadiri oleh Tuan Ismail bin Hj. Tawnie, P.Geol, Pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi, NAHRIM serta pegawai-pegawai daripada NAHRIM. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Pegawai Daerah Kota Setar Dalam sesi tersebut, Puan Ketua Pengarah turut memaklumkan bahawa Program Santuni dan Kampung Angkat Madani ini diadakan di Kampung Terung Asam yang merupakan sebahagian daripada kawasan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Mesyuarat antara MARKES International dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ChM Puan Faridah binti Ab. Rahim, Ketua Seksyen Analisis Logam Surihan, KIMIA Malaysia dan wakil dari MARKES adalah YBrs. Dr. Caroline Wuddowson dan YBrs. Dr. Lee Bai Qin bagi membincangkan penggunaan semasa Unity-CIA-Kori-Ultra, di mana pihak KIMIA Malaysia memberikan maklum balas mengenai prestasi dan keberkesanannya dalam operasi makmal. Selain itu, perbincangan mengenai keberkesanan latihan TO-15 di Amerika Syarikat pada tahun 2024 dapat di adaptasi dalam makmal dan pembangunan kaedah. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad telah mengadakan kunjungan hormat ke SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Noor Afiza binti Salleh, bersama-sama dengan Timbalan Pengarah KIMIA Kedah, Puan Aishah binti Che Ani. Dalam sesi pertemuan ini, Ketua Pengarah berkesempatan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan sekolah serta berkongsi inspirasi dan pengalaman dalam bidang sains dan penyelidikan. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau yang pertama bagi tahun 2025 ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) YBrs. Puan Ketua Pengarah disambut oleh pengurusan tertinggi KIMIA Kedah iaitu YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid, Pengarah KIMIA Kedah bersama ChM Puan Siti Aishah binti Che Ani, Timbalan Pengarah KIMIA Kedah, YBrs. ChM Dr. Nur Nazihah binti Md Shahari, Ketua Bahagian Analisis Sekitaran dan Industri serta warga kerja KIMIA Kedah. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-46 Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Utara Sebagai Pendaftar IKM, YBrs. Ketua Pengarah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada IKM Cawangan Utara atas keaktifan mereka dalam menganjurkan pelbagai program sepanjang tahun 2024. Beliau turut menzahirkan harapan agar usaha ini dapat diteruskan bagi memperkukuh pembangunan profesional dalam bidang kimia di Malaysia. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Lawatan ke Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lawatan ini diketuai oleh YBrs. ChM Dr. Malarvili a/p Ramalingam, Pengarah Bahagian Bioteknologi, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan disertai oleh ahli-ahli KKT GMO yang lain iaitu MARDI, Makmal Kualiti dan Keselamatan Makanan (MKKM), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Jabatan Pertanian, UiTM Shah Alam dan UKM. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago