Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials-WIM) Tahun 2025 Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM) dalam proses memohon untuk dinaiktaraf sebagai Pusat Latihan Bertauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Sehubungan dengan itu, bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan bahan pengajaran bertulis (teori dan amali) berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah berjaya dibangunkan. By yazid yahya, 2 tahunMac 19, 2025 ago
Ujian Kebakaran Kenderaan Elektrik (EV) Berskala Besar dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Shell International BV, PORSCHE Malaysia, SIRIM, Universiti Putra Malaysia, Akademi Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai bateri litium-ion yang berisiko rosak, menilai kesan kebakaran serta memperbaiki langkah-langkah keselamatan dalam menghadapi insiden. By yazid yahya, 2 tahunMac 19, 2025 ago
ππππππ πππππππππ πππππ ππππ: πππππππππππ ππππ πππππ πππππππππ πππ ππππππ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pesara dan bakal pesara dalam Majlis Apresiasi MOSTI 2025 yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MR) Sistem Kualiti Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bagi tahun 2024 anjuran Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia dan dihadiri oleh semua Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri dan Cawangan serta Pengurus-Pengurus Kualiti Sistem SAMM MS ISO/IEC 17025:2017 dan ANAB ISO/IEC 17025:2017. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Mesyuarat Artikel X Konvensyen Senjata Kimia telah di adakan di Dewan Syarahan Bangunan Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YDH CP Datoβ Hj Baharuddin bin Hj Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dihadiri oleh 25 wakil pelbagai agensi yang bertanggungjawab dalam Artikel X ini. Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBrs. ChM Tuan Haji Muhammad Yazid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KIMIA Malaysia, ChM Puan Hajah Zaraiha binti Awang, Pengarah Kanan Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam serta ChM Encik Mohd Faris bin Ismail, Ketua Seksyen Kesiapsiagaan Kimia. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Kursus Pengukuhan Tatacara Persampelan Mikrobiologi Makanan dan Pelaksanaan Sistem e-Profil Pegawai Sains Seksyen Mikrobiologi, Bahagian Bioteknologi, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Encik Mohamed Nizam bin Mohamed Noordin telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Pengukuhan Tatacara Persampelan Mikrobiologi Makanan dan Pelaksanaan Sistem e-Profil. anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang telah diadakan pada 24-26 Februari 2025 di Swiss Bel Hotel, Kuantan, Pahang By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu (KIMIA Sibu) Majlis ini dihadiri oleh semua warga kerja KIMIA Sibu yang turut mendapat peluang untuk bertemu dan berbincang secara langsung dengan Puan Ketua Pengarah dalam sesi townhall yang telah diadakan untuk mendengar isu-isu serta cadangan yang dibangkitkan. Sesi ini memberi peluang kepada warga kerja KIMIA Sibu untuk menyuarakan pandangan dan mendapatkan penjelasan terus daripada pihak pengurusan. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Pasukan Tindakan CBRNe Jabatan kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah terlibat dalam eksesais mantis anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM) dari 17-20 Februari 2025 di Pelabuhan Klang Eksesais itu turut disertai oleh pasukan 21 Grup Gerak Khas (21 GGK), 12 Skn RAJD (CBRNe), Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut dibantu oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Pasukan Khas Tentera Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) dan Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
MAJLIS APRESIASI FORENSIK 2024: PENGHARGAAN TERHADAP SUMBANGAN & KOMITMEN WARGA FORENSIK Acara ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan kakitangan dalam pelbagai aspek, termasuk penglibatan dalam aktiviti luar seperti pameran, sesi penceramah, serta pembentangan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penghargaan ini selaras dengan Garis Panduan Pembudayaan Keseronokan Bekerja Sektor Awam yang menekankan pentingnya pengiktirafan sebagai motivasi untuk membina persekitaran kerja yang lebih positif, inovatif dan berprestasi tinggi. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago
Program Pementoran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2025 telah diadakan 18-20 Februari 2025 bertempat di Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Psikologi MOSTi bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti keperluan pembelajaran mentor dan menti serta perkongsian pengalaman dan kepakaran antara mentor dan menti secara sistematik. By yazid yahya, 2 tahunMac 3, 2025 ago