Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YDH CP Dato’ Hj Baharuddin bin Hj Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dihadiri oleh 25 wakil pelbagai agensi yang bertanggungjawab dalam Artikel X ini. Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBrs. ChM Tuan Haji Muhammad Yazid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KIMIA Malaysia, ChM Puan Hajah Zaraiha binti Awang, Pengarah Kanan Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam serta ChM Encik Mohd Faris bin Ismail, Ketua Seksyen Kesiapsiagaan Kimia. Categories: Berita Tags: Berita Kimia