Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersama Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bilangan 1 Tahun 2025 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan kemajuan Projek Kerjasama JPSM-KIMIA yang melibatkan Pembangunan Pangkalan Data Profil DNA Tumbuhan Asli, Pembangunan Kaedah Analisis Penentusah Minyak Kayu Gaharu dan Pembangunan Pangkalan Data Ciri-Ciri Keselamatan Dokumen Rasmi Kerajaan. By yazid yahya, 1 tahunMac 19, 2025 ago
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang ketiga bagi tahun 2025 Majlis Perhimpunan anjuran Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan (Pusat KUALITI) ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad. Satu sesi perkongsian oleh wakil AKRAB KIMIA Malaysia, ChM Puan Sarah Liyana binti Mohd Faisol telah diadakan sempena majlis perhimpunan kali ini dan diikuti dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk βMyKIMIA PTP Servicesβ yang telah disampaikan oleh Puan Afidah binti Yahya. By yazid yahya, 1 tahunMac 19, 2025 ago
Sesi Libat Urus Forensik Perhutanan Bersama Penguatkuasaan Perhutanan Negeri Pahang dan Persampelan Kepelbagaian Spesies Flora anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Sains dari Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) iaitu dari Bahagian Bioteknologi, YBrs. Dr. Sharizah binti Alimat dan Puan Noor Shafriza binti Zainal Azmi serta dari Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Encik Teo Chee Hau yang dijemput sebagai penceramah dan fasilitator. By yazid yahya, 1 tahunMac 19, 2025 ago
Kursus Design Thinking Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai βDesign Thinkingβ di mana ia sangat penting dalam konteks inovasi kerana ia menekankan pemahaman mendalam tentang masalah pengguna dan penciptaan penyelesaian yang lebih berkesan. Pendekatan ini juga melibatkan eksperimen dan pengujian berulang untuk memastikan produk atau perkhidmatan memenuhi keperluan sebenar. By yazid yahya, 1 tahunMac 19, 2025 ago
Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials-WIM) Tahun 2025 Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM) dalam proses memohon untuk dinaiktaraf sebagai Pusat Latihan Bertauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Sehubungan dengan itu, bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan bahan pengajaran bertulis (teori dan amali) berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah berjaya dibangunkan. By yazid yahya, 1 tahunMac 19, 2025 ago
Ujian Kebakaran Kenderaan Elektrik (EV) Berskala Besar dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Shell International BV, PORSCHE Malaysia, SIRIM, Universiti Putra Malaysia, Akademi Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai bateri litium-ion yang berisiko rosak, menilai kesan kebakaran serta memperbaiki langkah-langkah keselamatan dalam menghadapi insiden. By yazid yahya, 1 tahunMac 19, 2025 ago
ππππππ πππππππππ πππππ ππππ: πππππππππππ ππππ πππππ πππππππππ πππ ππππππ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pesara dan bakal pesara dalam Majlis Apresiasi MOSTI 2025 yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MR) Sistem Kualiti Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bagi tahun 2024 anjuran Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia dan dihadiri oleh semua Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri dan Cawangan serta Pengurus-Pengurus Kualiti Sistem SAMM MS ISO/IEC 17025:2017 dan ANAB ISO/IEC 17025:2017. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Mesyuarat Artikel X Konvensyen Senjata Kimia telah di adakan di Dewan Syarahan Bangunan Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YDH CP Datoβ Hj Baharuddin bin Hj Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dihadiri oleh 25 wakil pelbagai agensi yang bertanggungjawab dalam Artikel X ini. Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBrs. ChM Tuan Haji Muhammad Yazid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KIMIA Malaysia, ChM Puan Hajah Zaraiha binti Awang, Pengarah Kanan Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam serta ChM Encik Mohd Faris bin Ismail, Ketua Seksyen Kesiapsiagaan Kimia. By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago
Kursus Pengukuhan Tatacara Persampelan Mikrobiologi Makanan dan Pelaksanaan Sistem e-Profil Pegawai Sains Seksyen Mikrobiologi, Bahagian Bioteknologi, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Encik Mohamed Nizam bin Mohamed Noordin telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Pengukuhan Tatacara Persampelan Mikrobiologi Makanan dan Pelaksanaan Sistem e-Profil. anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang telah diadakan pada 24-26 Februari 2025 di Swiss Bel Hotel, Kuantan, Pahang By yazid yahya, 1 tahunMac 3, 2025 ago