Persampelan DNA

Aktiviti persampelan bagi projek pembangunan pangkalan data DNA bagi Khazanah Hutan Negara di Hutan Simpan Pahang dan Kelantan

Pegawai KIMIA Malaysia telah berpeluang untuk menjalankan aktiviti persampelan bagi projek pembangunan pangkalan data DNA bagi Khazanah Hutan Negara di Hutan Simpan Pahang dan Kelantan pada 22 sehingga 26 Februari 2021.
.
Pegawai-pegawai KIMIA Malaysia yang terlibat adalah YBrs. En Harun Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Bioteknologi, Pusat SEKITARAN KIMIA Malaysia, YBrs. Dr. Sharizah Binti Alimat, Pegawai Subject Matter Expert (SME) KIMIA Malaysia dan En Abu Bakar, pemandu KIMIA Malaysia.
.
Kerjasama ini adalah diantara KIMIA Malaysia dengan pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, FRIM, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

analisis halal

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MR) Sistem Kualiti KIMIA Malaysia

25 Februari 2021

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MR) Sistem Kualiti KIMIA Malaysia bagi tahun 2020 anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti dan Inovasi, Pusat KUALITI Ibu Pejabat telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman dan dihadiri oleh semua Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri/Cawangan, Pengurus Kualiti makmal SAMM dan ANAB.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi ini membentangkan kajian input dan output tahun 2020 bagi sistem kualiti MS ISO/IEC 17025:2017 dan ANAB ISO/IEC 17025:2017.

Mesyuarat ini merupakan platform utama bagi semua ahli mesyuarat dalam mengutarakan sebarang isu dan permasalahan berkaitan kualiti analisis di makmal untuk mendapatkan jalan penyelesaian secara tuntas.

Diharap mesyuarat telah mencapai objektif dan menjadi pemangkin kepada semua makmal meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan selaras dengan slogan baharu jabatan ‘beyond expectation’.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MR) Sistem Kualiti KIMIA Malaysia bagi tahun 2020 anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti dan Inovasi, Pusat KUALITI Ibu Pejabat telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
kp3

Mesyuarat Jabatan Kimia Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia

28 Februari 2020:

Mesyuarat Jabatan Kimia Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah. Mesyuarat yang diadakan secara berkala ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH CP Dato’ Huzir bin Mohamed.

Mesyuarat ini turut dihadiri dari Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Tuan Haji Abdul Rahim bin Shadan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Pengarah Kanan Forensik, YBrs. Tuan Haji Wan Kamaruzaman bin Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah serta dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian dari Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia.

PDRM diwakili oleh YDH CP Dato’ Zaini bin Jass, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH DCP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Timbalan Pengarah Perlucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan, Bukit Aman dan Pegawai- pegawai kanan PDRM dari Bukit Aman dan Kontinjen Sabah. Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, YA Tuan Khairul Anuar bin Abdul Halim dan Timbalan Pendakwaraya Negeri Sabah turut hadir ke mesyuarat terbabit.

image

Majlis Apresiasi MESTECC 2020

27 Februari 2020 :

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat menaikkan semangat warga KIMIA Malaysia untuk terus komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Majlis juga turut meraikan kakitangan yang telah dan akan bersara pada tahun 2020. Selamat bersara diucapkan buat semua pesara dan selamat maju jaya. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Skip to content