Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang kelima bagi tahun 2025 Usai Majlis Perhimpunan Bulanan, telah diadakan Program “Ceria@KIMIA : Seronok Bekerja, Serasi Bersama” bagi menyemai sifat keseronokan bekerja dalam setiap warga kerja KIMIA Malaysia serta menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam menyediakan suasana kerja yang kondusif dan menyeronokkan. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Pameran Karnival Pendidikan, Kaunseling dan Kerjaya anjuran Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur Bahagian ini telah mengambil peluang untuk mempamerkan peranan serta fungsi KIMIA Malaysia. Turut diketengahkan adalah contoh analisis yang dijalankan serta perkongsian maklumat berkaitan kerjaya dalam bidang teknikal dan saintifik yang ditawarkan oleh jabatan ini. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Pelaksanaan Program KIMIA ke Desa dan inisiatif Kampung Angkat MADANI Mesyuarat membincangkan berkaitan kewangan iaitu pengagihan peruntukan bagi kedua-dua program tersebut, pemilihan lokasi bagi Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani dan Program KIMIA ke Desa serta perancangan awal berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Kimia ke Desa nanti. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Malam Gala Jubli Perak MPOB sempena sambutan 25 tahun penubuhan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) KIMIA Malaysia turut berbangga menerima penghargaan sebagai rakan strategik MPOB dalam majlis penuh gilang-gemilang ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada MPOB atas kejayaan 25 tahun memacu industri sawit negara! By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Lawatan daripada Cawangan Pengajian Ketenteraman Awam/Trafik, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baru Sebanyak tiga sesi syarahan telah disampaikan oleh pegawai-pegawai Bahagian Kriminalistik dan Bahagian Toksikologi iaitu ChM Encik Jayasilan a/l Sinnathurai, ChM Encik Abdul Jalil Bin Abdul Rahman dan ChM Puan Wan Noor Mahirah Binti Majidin. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Lawatan kerja rasmi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Tuan Chang Lih Kang telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak) Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia). By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Majlis Penutupan Kursus Protokol dan Etiket (Zon Borneo) pada 26 April 2025 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Negeri Sarawak, Kuching Turut hadi dalam majlis ini adalah ChM Puan Hajah Wan Rahimah binti Wan Ahmad, Pengarah Pusat Latihan Kimia Malaysia dan ChM Encik Biling Peter Raig, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak (KIMIA Sarawak). By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Mesyuarat Pemurnian Kerangka Holistik Makmal Analisis Makanan Negara anjuran Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mesyuarat ini diadakan bagi menambahbaik dan memperhalusi teras dan strategi di bawahnya selari dengan cadangan Mesyuarat MKMPK ke-17 sebelum diangkat untuk kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENGGANTIAN 2 UNIT SISTEM LIF DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI PERAK Penyerahan projek disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohamad Nizam bin Ibrahim, Ketua Jurutera Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak kepada YBrs. ChM Encik Ramlee bin Ibrahim, Pengarah KIMIA Perak. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Majlis Pentauliahan Kompetensi Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam bidang analisis kimia telah berlangsung pada 18 April 2025 Majlis ini telah disempurnakan oleh ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Norlela binti Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri serta ChM Puan Hajah Zaraiha binti Awang, Pengarah Kanan Pusat INDUSTRI. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago