Mesyuarat 44th Session of the Codex Committee on Methods of Analysis and Sampling (CCMAS44) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh ChM Haji Shafek Hamlan bin Abdul Hamid, Pengarah Kanan Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar (SEKITARAN) Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) selaku Ketua Delegasi Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Majlis Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad pada hari ini dan telah berlangsung dengan jayanya di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Pada Majlis tersebut Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) KIMIA Malaysia mempertontonkan gimik berdasarkan situasi sekiranya terdapat bahan kimia merbahaya yang di bawa dengan menggunakan alat pengesan lapangan yang dikenali sebagai AP4C dan CHEMPRO X . Pasukan CBRNe merupakan pasukan yang boleh bertindakbalas terhadap kejadian yang melibatkan insiden atau bencana kimia. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI peringkat Daerah Kota Setar telah diadakan pada 13 April 2025 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Pegawai Daerah Kota Setar dan turut disertai oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah), Puan Siti Aishah binti Che Ani, Timbalan Pengarah KIMIA Kedah dan Encik Mat Hadzir bin Ab Razak, Ketua Bahagian Pentadbiran KIMIA Kedah. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Kursus Method Validation and Verification for Analytical Testing Siri 1 Tahun 2025 Kursus anjuran Bahagian Penyelidikan dan Kalibrasi, Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan ini telah dihadiri oleh 45 peserta yang terdiri daripada Pengawai Sains dan Penolong Pegawai Sains dari Ibu Pejabat KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Mesyuarat The ASEAN Food Testing Laboratory Committee (AFTLC) ke-26 telah diadakan secara dalam talian pada 10 hingga 11 April 2025 bersama wakil dari negara ASEAN seperti Brunei, Cambodia, Filipina, Indonesia, Lao PDR, Singapura, Thailand dan Vietnam Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Laila Rabaah Ahmad Suhaimi, Timbalan Pengarah Cawangan Makmal Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Delegasi dari Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) diwakili oleh YBrs. Dr. Uma Priya a/p Kupusamy dan ChM Puan Azian Murni. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2026 anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bengkel ini menghimpunkan pegawai-pegawai dari seluruh PTJ KIMIA Malaysia bagi menyelaras, membincang dan mengemukakan unjuran keperluan belanjawan bagi tahun mendatang. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Bengkel ISO 17034:General Requirements for the Competence of Reference Material Producers Sesi ini telah dikendalikan oleh YBrs. ChM Dr. Siti Nur Nazathul Shima Hashim, Pengarah Bahagian Metrologi Kimia, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang berkongsi kepakaran beliau dalam keperluan utama piawaian iaitu dari aspek organisasi, teknikal, kawalan kualiti serta perancangan pengeluaran bahan rujukan. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
The Activity of Quality Management and Research Centre of the Department of Chemistry Malaysia, MOSTI Sesi ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu, malah berperanan sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, khususnya dalam pemantapan sistem kualiti. KIMIA Malaysia komited untuk terus meneroka peluang kolaborasi global bagi mempertingkatkan standard kualiti perkhidmatan dan memastikan ia kekal relevan selari dengan perkembangan semasa. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Mesyuarat ‘Technical Working Group’ (TWG) Bidang Kepakaran Makanan MS ISO/IEC 17025:2017 Bil. 1/2025 Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Vanitha a/p Kunalan, Pengarah Bahagian Kualiti Makanan yang bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu teknikal berkaitan analisis makanan. By yazid yahya, 1 tahunApril 9, 2025 ago
Tahniah YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) atas penganugerahan watikah pelantikan sebagai Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Watikah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dalam Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam ke-73 Tahun 2025 yang berlangsung di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Sg. Merab, Kajang, Selangor. By yazid yahya, 1 tahunApril 9, 2025 ago