Analisis Volatile Organic Compound (VOC) Mesyuarat ini dihadiri oleh kumpulan pegawai dari Pusat Penyelidikan Kesihatan Alam Sekitar, IMR, serta wakil daripada Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang diketuai oleh YBrs. ChM Dr. Haji Nazarudin bin Ibrahim bersama dua pegawai dari Bahagian Kualiti Alam Sekitar. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Bengkel Analisis Mikrobiologi dan Bidang Analisis Baharu Mikrobiologi bertempat di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Cyberjaya, Selangor Tujuan utama bengkel ini adalah untuk menyemak semula dan menambah baik arahan kerja (Work Instruction) serta menyeragamkan kaedah ujian analisis Mikrobiologi dan Zoologi antara Ibu Pejabat serta negeri dan cawangan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkualiti. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan KIMIA Malaysia khususnya Seksyen Mikrobiologi dan Zoologi, dalam menghadapi cabaran semasa serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pihak berkepentingan dan rakyat. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia Kunjungan ini turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi KIMIA Malaysia dan menjadi medan untuk memperkukuh hubungan strategik antara dua agensi serta membuka ruang kolaborasi dalam bidang data statistik teknikal bagi menyokong dasar berasaskan bukti dan tadbir urus berimpak tinggi. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Latih Amal Keselamatan Kepengerusian ASEAN 2025 Objektif utama latihan ini adalah untuk memperkukuh daya tahan serta meningkatkan kecekapan dalam menghadapi cabaran keselamatan termasuklah bencana alam, serangan siber dan ancaman keganasan. Latihan ini juga menjadi medan untuk meningkatkan keupayaan taktikal, kemahiran teknikal serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan agensi berkaitan dalam menangani pelbagai bentuk ancaman moden yang semakin kompleks. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang kelima bagi tahun 2025 Usai Majlis Perhimpunan Bulanan, telah diadakan Program “Ceria@KIMIA : Seronok Bekerja, Serasi Bersama” bagi menyemai sifat keseronokan bekerja dalam setiap warga kerja KIMIA Malaysia serta menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam menyediakan suasana kerja yang kondusif dan menyeronokkan. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Pameran Karnival Pendidikan, Kaunseling dan Kerjaya anjuran Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur Bahagian ini telah mengambil peluang untuk mempamerkan peranan serta fungsi KIMIA Malaysia. Turut diketengahkan adalah contoh analisis yang dijalankan serta perkongsian maklumat berkaitan kerjaya dalam bidang teknikal dan saintifik yang ditawarkan oleh jabatan ini. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Pelaksanaan Program KIMIA ke Desa dan inisiatif Kampung Angkat MADANI Mesyuarat membincangkan berkaitan kewangan iaitu pengagihan peruntukan bagi kedua-dua program tersebut, pemilihan lokasi bagi Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani dan Program KIMIA ke Desa serta perancangan awal berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Kimia ke Desa nanti. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Malam Gala Jubli Perak MPOB sempena sambutan 25 tahun penubuhan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) KIMIA Malaysia turut berbangga menerima penghargaan sebagai rakan strategik MPOB dalam majlis penuh gilang-gemilang ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada MPOB atas kejayaan 25 tahun memacu industri sawit negara! By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Lawatan daripada Cawangan Pengajian Ketenteraman Awam/Trafik, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baru Sebanyak tiga sesi syarahan telah disampaikan oleh pegawai-pegawai Bahagian Kriminalistik dan Bahagian Toksikologi iaitu ChM Encik Jayasilan a/l Sinnathurai, ChM Encik Abdul Jalil Bin Abdul Rahman dan ChM Puan Wan Noor Mahirah Binti Majidin. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Lawatan kerja rasmi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Tuan Chang Lih Kang telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak) Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia). By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago