Bengkel Penyelarasan dan Pengharmonian Kaedah Analisis Sampel Makanan dalam Analisis Aditif, Kontaminan dan Nutrisi Tahun 2025 Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. ChM Dr. Vanitha a/p Kunalan, Pengarah Bahagian Kualiti Makanan, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Majlis Perasmian Penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Sesi Libat Urus Memperkasakan Forensik Perhutanan anjuran bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bahagian Bioteknologi, KIMIA Malaysia selaku Penyelaras Program bersama urus setia dari JPSM telah menghimpunkan seramai 150 peserta terdiri daripada pihak pengurusan dan pegawai-pegawai dari JPSM, Jabatan Perhutanan Negeri, KIMIA Malaysia ibu pejabat dan juga KIMIA Melaka dan KIKIA Johor. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Program Lawatan Bermaklumat Integriti (PLBI) Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai APM mengenai fungsi dan bidang tugas Pusat Analisis Sains Forensik dalam usaha membantu pihak penguatkuasaan dan undang-undang bagi mendapatkan bukti kukuh untuk membanteras kes-kes jenayah. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Bersama Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bilangan 1/2025 Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim, Ketua Pengarah JPSM dan YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia yang turut dihadiri oleh Pengurusan Atasan dan pegawai-pegawai dari kedua-dua jabatan. By yazid yahya, 1 tahunJun 24, 2025 ago
Majlis Apresiasi Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan & Sambutan Jubli Perak Pusat Darah Negara Tahun 2025 Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada penderma darah dan penganjur kempen derma darah seluruh negara di samping meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah serta mengamalkan gaya hidup sihat. By yazid yahya, 1 tahunJun 24, 2025 ago
Seksyen Ujian Kemahiran (PT), Bahagian Metrologi Kimia, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan lawatan kerja ke Makmal Kualiti Beras, BERNAS pada 13 Jun 2025. Lawatan ini diketuai oleh ChM Puan Nur Atiqah binti Hamidun bersama pegawai-pegawai daripada Seksyen Ujian Kemahiran. Lawatan ini adalah susulan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara KIMIA Malaysia dan BERNAS bagi menjalin kerjasama dalam penganjuran Perbandingan Antara Makmal (ILC). By yazid yahya, 1 tahunJun 18, 2025 ago
Lawatan ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) Bandar Enstek, Sepang Lawatan ini diketuai oleh YBrs. ChM Dr. Siti Nur Nazathul Shima Hashim, Pengarah Bahagian Metrologi Kimia. Turut hadir adalah YBrs. ChM Dr. Li Hui Ling, Ketua Seksyen Bahan Rujukan bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian Metrologi Kimia, Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunJun 18, 2025 ago
Sesi perbincangan antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ChM Puan Aziati Mokhtar, Ketua Seksyen Air Alam Sekitar & Sebatian Organik Surihan. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Seksyen lain serta beberapa Pegawai Sains dari Bahagian Kimia Alam Sekitar. By yazid yahya, 1 tahunJun 18, 2025 ago
YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara pada hari ini bertempat di Jabatan Peguam Negara. Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara atas segala sokongan dan kerjasama strategik yang telah diberikan kepada KIMIA Malaysia, khususnya dalam aspek pembuktian saintifik forensik dan khidmat teknikal yang menyokong proses keadilan negara. By yazid yahya, 1 tahunJun 12, 2025 ago
Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Aditif dan Kontaminan [KKT-AK] di bawah Jawatankuasa Analisis Makanan (JKAM) Bil 1/2025 Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Vanitha a/p Kunalan, Pengarah Bahagian Kualiti Makanan, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia). By yazid yahya, 1 tahunJun 12, 2025 ago