Telah berlangsung pameran Program Eksplorasi Dunia Stem bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 1,000 pelajar pada hari ini. Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Pusat SEKITARAN dan Pusat Analisis Sains Forensik, Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) tidak ketinggalan dalam menyertai pameran ini dengan mempamerkan sampel-sampel kes dan menjalankan pelbagai eksperimen kimia interaktif bagi menarik minat pelajar dalam bidang sains kimia dan forensik. Categories: Berita Tags: Berita Kimia