Laman Utama » Ujian Paterniti
Fungsi Bahagian
Apakah Paterniti DNA?
- Ujian paterniti bermaksud ujian yang mengesahkan hubungan antara bapa dan anak. Ujian paterniti DNA biasanya dijalankan untuk memastikan atau mengecualikan bapa biologikal seseorang anak.
- Paterniti adalah ujian yang tepat, cepat serta memerlukan kos yang berpatutan dengan kuasa diskriminasi(atau ketepatan) 99.9999%.
- Ujian paterniti DNA boleh dijalankan ke atas individu pada sebarang peringkat umur.
- Ujian DNA merupakan kaedah yang telah diterima oleh komuniti undang-undang dan sains untuk menentukan identiti seseorang.
Apakah yang diperlukan untuk Ujian Paterniti DNA?
- Sekurang-kurangnya 2ml sampel darah atau swab mulut (2 sampel dari setiap individu).
- Sampel darah mestilah disimpan dalam tiub EDTA. Sampel-sampel mestilah dilabel dengan jelas dengan menyatakan nama/nombor dan tarikh sampel diambil.
- Semua sampel yang diserah untuk analisis mestilah disertakan dengan surat permohonan ujian paterniti dan bayaran untuk analisis.
- Sampel mesti dihantar menggunakan syarikat penghantar (‘courier’) atau diserahkan dengan segera ke Kimia Malaysia.
Berapakah Kos yang Diperlukan?
- Kos untuk setiap ujian paterniti adalah RM 1500 untuk dua sampel dan RM 200 untuk setiap sampel tambahan.
- Bayaran penuh harus dibuat semasa penyerahan sampel dengan menggunakan tunai/cek berpalang/draf bank kepada “Ketua Pengarah Kimia Malaysia”.
Ujian DNA yang Berkaitan:
UJIAN MATERNITI
Ujian DNA dapat memberi kesimpulan berkaitan dengan ibu.UJIAN PENENTUAN KETURUNAN
Menentukan samada seseorang itu adalah datuk/nenek sebenar kepada seseorang kanak-kanak.UJIAN HUBUNGAN ADIK-BERADIK
Menentukan perhubungan antara adik-beradik.PENGENALPASTIAN IDENTITI
Menentukan identiti seseorang individu/mayat (yang tidak dikenalpasti).
Prosedur
Prosedur Penghantaran Sampel Untuk Menjalani Ujian DNA Bagi Orang Awam / Persendirian Di Jabatan Kimia Malaysia
Prosedur Penghantaran Sampel Untuk Menjalani Ujian DNA di Jabatan Kimia Malaysia Bagi Urusan Jabatan Pendaftaran Negara
Prosedur Penghantaran Sampel Untuk Menjalani Ujian DNA di Jabatan Kimia Malaysia Bagi Permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia
Borang Analisis DNA Paterniti