Lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (KIMIA Pahang) YBrs. Puan Ketua Pengarah telah menyampaikan beberapa amanat dalam ucapan beliau kepada warga kerja KIMIA Pahang. Antara intipati ucapan beliau ialah kepentingan untuk sentiasa berfikiran kreatif di dalam aspek pekerjaan agar kerja menjadi lebih efisyen dan mampu berdaya saing pada masa akan datang. By yazid yahya, 1 tahunJun 26, 2025 ago
Kursus Chemical Incident Preparedness for Hospital (HOSPREP) 2025 Penganjuran kursus tersebut adalah dibawah Institut Kesihatan Negara (NIH) dengan kerjasama Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP) dan National Authority Chemical Weapon Convention (NACWC). By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Lawatan ke Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Lawatan ini bertujuan sebagai penanda arasan bagi pengurusan makmal yang lebih baik dan sistematik terutamanya dari segi pengendalian bahan kimia, penyimpanan stor bahan kimia, keselamatan makmal dan bahan kimia. Taklimat telah disampaikan oleh ChM Encik Asrul Hafez bin Zulkifly, Ketua Seksyen OSH. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Program transformasi Jalinan Bersama Sekolah dengan menganjurkan pameran sempena Karnival InnoFuture-STEM 2025 di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Cheras Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam kepada murid mengenai peranan ilmu sains secara menyeluruh serta ilmu kimia secara khusus, meningkatkan minat murid melalui kuiz interaktif yang mencabar minda dan memupuk semangat ke arah kecemerlangan dalam bidang sains, serta mengadakan sesi perkongsian santai bersama pegawai-pegawai KIMIA Malaysia demi merangsang inspirasi dan pengetahuan murid. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Penilaian Semula (‘Reassessment’) Akreditasi SAMM MS ISO/IEC 17025 (Audit Luaran) telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Seramai 10 orang auditor daripada Jabatan Standard Malaysia yang berpengalaman luas dalam bidang teknikal seperti analisis kimia, mikrobiologi dan kalibrasi telah melaksanakan pengauditan secara menyeluruh. Proses ini merangkumi semakan dokumen, temu bual bersama juruanalisis, semakan rekod serta penyaksian ujian dan aktiviti kalibrasi secara langsung di makmal. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Turut hadir bersama dalam majlis ini bagi mewakili jabatan adalah YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), ChM Tuan Haji Muhammad Yazid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Ts. ChM Puan Hajah Nor Aidora binti Saedon, Pengarah Kanan Pusat KUALITI, ChM Tuan Haji Mohd Izuan bin Othman, Pengarah Kanan Pusat FORENSIK, Encik Mohd Rashdan bin Hashim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langgar, iaitu sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI Puan Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Sesi Libat Urus dan Lawatan Rasmi oleh Unit Integriti Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Lawatan ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan PKPj Wong Chiew Hoong selaku Ketua Unit Integriti (KUI) MOSTI bersama Tuan Mohammad Shahrizal bin Arshad, Pegawai Penyiasat Unit Integriti MOSTI. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Bahagian Narkotik Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menjalankan sesi latihan penempatan bertempat di Bahagian Narkotik KIMIA Malaysia pada 16 Jun 2025 sehingga 20 Jun 2025. Latihan penempatan ini berlangsung selama lima hari melibatkan dua orang Pegawai Saintifik daripada Jabatan Perkhidmatan Saintifik Negara Brunei Darussalam iaitu Pg Hjh Amal Maswati bin Pg Hj Jaludin dan YBrs. Dr. Lenny Suliany Faizura binti Ahmad Sah dan dua orang pegawai sains daripada Health Science Authority Singapore iaitu Sarah Chia dan Edelia Izzati Ahmad Nasir. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Kursus Method Validation and Verification for Analytical Testing Siri 2 Tahun 2025 Kursus ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam pembangunan kaedah analisis yang merangkumi prosedur validasi dan verifikasi bersesuaian dengan keperluan piawaian ISO/IEC 17025. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago
Bengkel Penyelarasan dan Pengharmonian Kaedah Analisis Sampel Makanan dalam Analisis Aditif, Kontaminan dan Nutrisi Tahun 2025 Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. ChM Dr. Vanitha a/p Kunalan, Pengarah Bahagian Kualiti Makanan, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Majlis Perasmian Penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunJun 25, 2025 ago