Majlis Peluncuran Program STI 100³ sebagai pempamer yang telah diadakan di SMK Tiara Permai, Kuala Lumpur sempena program kebangsaan yang mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, yang memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini. By yazid yahya, 1 tahunJulai 18, 2025 ago
Kursus Asas Instrumentasi Dan Troubleshooting-Teori Dan Praktikal Bahagian Toksikologi Tahun 2025 Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan keupayaan makmal melalui pemantapan pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam pengendalian dan penyelenggaraan atau ‘troubleshooting’ peralatan saintifik utama serta berkongsi juga teknik-teknik pengendalian peralatan sokongan analisis atau peralatan kecil makmal yang lain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memenuhi keperluan sistem kualiti ANAB ISO/IEC 17025:2017. By yazid yahya, 1 tahunJulai 18, 2025 ago
Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bersama YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan bertempat di DoubleTree by Hilton Putrajaya Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengurusan Tertinggi KIMIA Malaysia, Pengarah-Pengarah Kanan Pusat serta Pengarah-Pengarah Bahagian, Negeri dan Cawangan.Mesyuarat ini membincangkan isu-isu pengurusan KIMIA Malaysia yang berfokuskan kepada pemantapan perkhidmatan KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunJulai 18, 2025 ago
Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Sesi Townhall Bersama Rakan Strategik Penguatkuasaan Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-53 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) KIMIA Malaysia amat berbesar hati menerima Sijil Penghargaan sebagai Rakan Strategik Penguatkuasaan, simbolik kepada kerjasama erat antara agensi dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunJulai 18, 2025 ago
Kursus Teori dan Latihan Praktikal bagi Analisis Pengesanan 3-MCPDE/GE dalam Produk Minyak Kelapa Sawit Tujuan utama penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran teknikal pegawai dalam bidang analisis produk minyak sawit, khususnya berkaitan pengesanan bahan cemar 3-MCPDE dan GE. Kursus ini merangkumi sesi teori dan latihan amali di makmal bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta. By yazid yahya, 1 tahunJulai 18, 2025 ago
Retreat KIMIA Malaysia Bilangan 2/2025 yang dipengerusikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) di DoubleTree by Hilton Putrajaya Program ini dihadiri oleh semua Pengurusan Tertinggi KIMIA Malaysia, Pengarah-Pengarah Kanan Pusat serta Pengarah-Pengarah Bahagian, Negeri dan Cawangan. Retreat dwitahunan ini berperanan sebagai platform penting bagi pihak pengurusan untuk berkongsi maklumat, merangka strategi dan memastikan setiap bahagian, negeri dan cawangan bergerak seiring serta selaras dalam mencapai objektif jabatan. By yazid yahya, 1 tahunJulai 18, 2025 ago
Kursus Etiket Penampilan Diri, Pengucapan Awam Dan Etika Meja Makan Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred C12 & M12 ke atas) Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menghadiri kursus ini. By yazid yahya, 1 tahunJulai 18, 2025 ago
Lawatan daripada Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) dengan kerjasama United States Office of Weapons of Mass Destruction Terrorism (WMDT) Tujuan lawatan tersebut adalah bagi membincangkan dan melihat sendiri kapabiliti pasukan tindakan CBRNe KIMIA Malaysia bagi penganjuran bersama pelbagai agensi respon yang lain untuk persediaan satu program latihan bertajuk ‘WMDT-CBRN Response’. By yazid yahya, 1 tahunJulai 18, 2025 ago
Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Awam iaitu Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) pada tahun 2023 Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, bertempat di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching pada hari ini. By yazid yahya, 1 tahunJun 26, 2025 ago
Mesyuarat Semakan Belanjawan Mengurus Tahun 2026 Peringkat Perbendaharaan Kementerian Sains, Teknologi Dan InovasI (MOSTI) Mesyuarat yang telah di pengerusikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad turut dihadiri oleh seramai 19 orang ahli mesyuarat terdiri pegawai daripada Bahagian Kewangan MOSTI, yang diketuai oleh Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan MOSTI serta barisan pengurusan tertinggi KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunJun 26, 2025 ago