Sesi perbincangan antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ChM Puan Aziati Mokhtar, Ketua Seksyen Air Alam Sekitar & Sebatian Organik Surihan. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Seksyen lain serta beberapa Pegawai Sains dari Bahagian Kimia Alam Sekitar. By yazid yahya, 1 tahunJun 18, 2025 ago
YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara pada hari ini bertempat di Jabatan Peguam Negara. Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara atas segala sokongan dan kerjasama strategik yang telah diberikan kepada KIMIA Malaysia, khususnya dalam aspek pembuktian saintifik forensik dan khidmat teknikal yang menyokong proses keadilan negara. By yazid yahya, 1 tahunJun 12, 2025 ago
Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Aditif dan Kontaminan [KKT-AK] di bawah Jawatankuasa Analisis Makanan (JKAM) Bil 1/2025 Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Vanitha a/p Kunalan, Pengarah Bahagian Kualiti Makanan, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia). By yazid yahya, 1 tahunJun 12, 2025 ago
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang keenam bagi tahun 2025 telah diadakan secara hybrid bertempat di Dewan Syarahan, Bangunan Forensik KIMIA Malaysia. Satu persembahan puisi dan nyanyian telah dipersembahkan sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa oleh warga kerja Pusat Analisis Sains Forensik bagi mengenang jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapa. By yazid yahya, 1 tahunJun 12, 2025 ago
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga kerja Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang berikut: 1. YBrs. ChM Dr. Haji Nazarudin bin Mohamed@Ibrahim, Pengarah Bahagian Kualiti Alam Sekitar atas pengurniaan Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) 2. Encik Mohd Termizi bin Isa, Pembantu Keselamatan atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) By yazid yahya, 1 tahunJun 12, 2025 ago
Bengkel Transformasi Digital dan Teknologi Pintar dalam Risikan Biologi DNA Forensik 2025 Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz, bengkel ini menghimpunkan 34 orang pegawai DNA forensik dari seluruh negara – satu pertemuan minda pakar yang bersedia mendepani cabaran forensik era digital. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Mesyuarat ASEAN Reference Material Network (ARMN) kali ke-12 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diwakili oleh YBrs. ChM Dr. Siti Nur Nazathul Shima binti Hashim, Pengarah Bahagian Metrologi Kimia, Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan. Dalam mesyuarat tersebut, beliau membentangkan perkembangan semasa aktiviti penghasilan bahan rujukan kimia serta pelaksanaan program ujian kemahiran anjuran KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Program MOSTI Tech Talks siri ketiga dengan topik, “Malaysia’s Journey to Space : Inspiring the Next Generation of Pioneers’ Timbalan Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah (KIMIA Sabah), ChM Tuan Haji Appri bin Beyan telah menyambut ketibaan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 9 Mei 2025. YB Menteri turut diiringi oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau iaitu YBrs. Dr. Sarune Beh dan Setiausaha Politik beliau, YB Tuan Ooi Tze Min. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Mesyuarat 44th Session of the Codex Committee on Methods of Analysis and Sampling (CCMAS44) Mesyuarat ini telah dihadiri secara dalam talian oleh Ketua Delegasi Malaysia, YBrs. ChM Tuan Haji Shafek Hamlan bin Abdul Hamid, Pengarah Kanan Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar (SEKITARAN), YBrs. ChM Dr. Vanitha a/p Kunalan, Pengarah Bahagian Kualiti Makanan, serta ChM Hairul Nizwan bin Ab Manap dan ChM Wan Zalina binti Wan Faizal sebagai wakil seketeriat CCMAS Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago
Analisis Volatile Organic Compound (VOC) Mesyuarat ini dihadiri oleh kumpulan pegawai dari Pusat Penyelidikan Kesihatan Alam Sekitar, IMR, serta wakil daripada Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang diketuai oleh YBrs. ChM Dr. Haji Nazarudin bin Ibrahim bersama dua pegawai dari Bahagian Kualiti Alam Sekitar. By yazid yahya, 1 tahunMei 14, 2025 ago