Program Eksplorasi Dunia Stem bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur Telah berlangsung pameran Program Eksplorasi Dunia Stem bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang melibatkan seramai 1,000 pelajar pada hari ini. Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Pusat SEKITARAN dan Pusat Analisis Sains Forensik, Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) tidak ketinggalan dalam menyertai pameran ini dengan mempamerkan sampel-sampel kes dan menjalankan pelbagai eksperimen kimia interaktif bagi menarik minat pelajar dalam bidang sains kimia dan forensik. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Project 98: Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia (P98 – EMED) Pasukan tindakan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah dijemput untuk menyertai satu sesi demonstrasi lapangan sempena persidangan di peringkat serantau bagi “Project 98: Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia (P98 – EMED)” di bawah inisiatif The European Union Chemical, Biological, Radiological and Nuclear Risk Mitigation Centres of Excellence (EU CBRN CoE) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 22-24 Oktober 2024. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) GMO Bil. 1/24 telah diadakan pada 22 Oktober 2024 Satu mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) GMO Bil. 1/24 telah diadakan pada 22 Oktober 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Bangunan Utama, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Malarvili a/p Ramalingam, Pengarah Bahagian Bioteknologi, KIMIA Malaysia selaku Pengerusi KKT GMO. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Lawatan dalam program kerjasama OPCW di antara Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBKKSK) Malaysia dan Pihak Berkuasa Kebangsaan Sri Lanka ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Lawatan tersebut disertai oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan Sri Lanka yang diketuai oleh Rear Admiral Dr. (Eng) Ravi Ranasinghe dan Pihak Berkuasa Tempatan Konvensyen Senjata KIMIA Malaysia yang diketuai oleh YBrs. Dr. Raja Subramaniam. Seramai 3 orang wakil dari Pihak Kebangsaan Tempatan Sri Lanka dan 8 orang pegawai dari PBKKSK telah hadir ke sesi lawatan tersebut. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Program Madani Rakyat 2024 Negeri Sabah yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu Jabatan Kimia Malaysia Megeri Sabah (KIMIA Sabah) telah menyertai Program Madani Rakyat 2024 Negeri Sabah yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dari 18 hingga 20 Oktober 2024. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Hari Inovasi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) 2024 Hari Inovasi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) 2024 telah diadakan dengan meriah di Ibu Pejabat KIMIA Malaysia pada 17 Oktober 2024 dan telah dirasmikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Ghazali bin Khalid dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) yang mewakili Pasukan Tindakan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Ghazali bin Khalid dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) yang mewakili Pasukan Tindakan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan pasukan Malaysia kerana telah berjaya merangkul kedudukan naib juara daripada 24 pasukan yang bertanding di NCT PRO CBRNE Challenge 2024 yang telah berlangaung dari 15 hingga 18 Oktober 2024 di Hua Hin, Thailand. Wakil pasukan CBRNE Malaysia terdiri daripada wakil KIMIA Malaysia, PDRM, ATM, TLDM dan TUDM. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Satu program TNT dan Capacity Building anjuran EANET (Acid Deposition Monitoring Network in East Asia) telah berlangsung dari 30 September hingga 19 Oktober 2024 Satu program TNT dan Capacity Building anjuran EANET (Acid Deposition Monitoring Network in East Asia) telah berlangsung dari 30 September hingga 19 Oktober 2024. Program ini telah dihadiri oleh seorang pegawai sains dari Seksyen Kualiti Udara, Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Cik Wan Norfatihah binti Wan Omar Bakri, bersama tiga lagi wakil dari negara Indonesia, Vietnam dan China. Latihan selama tiga minggu ini dikendalikan oleh Asia Center for Air Pollution Research (ACAP) di Niigata, Jepun dan National Institute of Environmental Research (NIER) di Korea Selatan. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Pasukan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menyertai latihan simulasi bersepadu Pasukan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menyertai latihan simulasi bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengawal dan menghadapi bencana senjata kimia bersempena TOPCOM 2024 12th International Emergency and Medicine Conference bertempat di MAHSA University, Bandar Saujana Putra. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Majlis Penutupan Bengkel Pemurnian Prosedur Operasi Standard (SOP) Teknik Pensampelan dan Pengesanan Kes – Kes Bencana Bahan Kimia dan CBRNe Majlis Penutupan Bengkel Pemurnian Prosedur Operasi Standard (SOP) Teknik Pensampelan dan Pengesanan Kes – Kes Bencana Bahan Kimia dan CBRNe telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago