Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Kalibrasi Non-Automatic Weighing Instrument (NAWI) Lima orang staf daripada Seksyen Kalibrasi, Bahagian Penyelidikan dan Kalibrasi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) diketuai oleh Ketua Seksyen Kalibrasi, ChM Puan Norliza binti Abd Hamid telah menghadiri Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Kalibrasi Non-Automatic Weighing Instrument (NAWI) yang telah diadakan pada 5 hingga 6 November 2024 bertempat di Institut Metrologi Kebangsaan (NMIM), Sepang, Selangor. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Bengkel Penyelarasan Cadangan Projek RMKe-13 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bengkel Penyelarasan Cadangan Projek RMKe-13 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah berlangsung pada 4 dan 5 November 2024 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, ChM Puan Marhayani binti Md Saad. Bengkel tersebut dihadiri oleh semua Pengarah Kanan Pusat, Pengarah Bahagian / Negeri / Cawangan KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Kursus Kesiapsiagaan dan Tindakbalas Kecemasan Bagi Agensi Tindakbalas Pertama telah diadakan pada 4 dan 5 November 2024 bertempat di Jabatan Tenaga Atom (ATOM Malaysia) Satu Kursus Kesiapsiagaan dan Tindakbalas Kecemasan Bagi Agensi Tindakbalas Pertama telah diadakan pada 4 dan 5 November 2024 bertempat di Jabatan Tenaga Atom (ATOM Malaysia). Kursus tersebut telah disertai oleh peserta dari pelbagai agensi tindakbalas pertama seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Bahagian Kawalselia Perubatan, Angkatan pertahanan Awan dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia). By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Lawatan rasmi ke Stesen Persampelan Pemendapan Berasid serta Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Seramai tujuh orang pegawai dari Seksyen Kualiti Udara, Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah mengadakan lawatan rasmi ke Stesen Persampelan Pemendapan Berasid serta Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Mesyuarat Kajian Semula Sistem Pengurusan Kualiti Penyedia Ujian Kemahiran MS ISO/IEC 17043 (MR My KIMIA PTP) tahun 2024 Mesyuarat Kajian Semula Sistem Pengurusan Kualiti Penyedia Ujian Kemahiran MS ISO/IEC 17043 (MR My KIMIA PTP) tahun 2024 telah berlangsung di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya dan dipengerusikan oleh YBrs. Ts. ChM Puan Hajah Nor Aidora binti Saedon, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Mesyuarat ASEAN Food Testing Laboratory Commiittee (AFTLC) ke-25 telah berlangsung di Da Nang, Vietnam Mesyuarat ASEAN Food Testing Laboratory Commiittee (AFTLC) ke-25 telah berlangsung di Da Nang, Vietnam dari 29 hingga 30 Oktober 2024.Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Delegasi dari Brunei, Cambodia, Filipina, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Viet Nam. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Sambutan Minggu Sains Negara (MSN) peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UITM) Alor Gajah Pasukan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah dijemput untuk memeriahkan sambutan Minggu Sains Negara (MSN) peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UITM) Alor Gajah pada 28 dan 29 Oktober 2024. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Sesi Libat Urus Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bil 1/2024 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Sesi Libat Urus Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bil 1/2024 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang melibatkan semua warga kerja KIMIA Malaysia Ibu Pejabat, KIMIA Negeri dan KIMIA Cawangan telah diadakan pada 8-9 Oktober 2024 secara hibrid dan telah disampaikan oleh Puan Chitra Subramaniam, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Bengkel Pemerkasaan Penguatkuasaan Perhutanan Zon Timur Satu Bengkel Pemerkasaan Penguatkuasaan Perhutanan Zon Timur telah dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di Tok Aman Bali Beach Resort, Kelantan pada 20 hingga 24 Oktober 2024. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 3 Tahun 2024 Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 3 Tahun 2024 telah diadakan pada 21 hingga 23 Oktober 2024 di Ancasa Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini menghimpunkan 46 orang peserta, termasuk Kumpulan Pengurusan, wakil-wakil MBJ dari Ibu Pejabat, Negeri, dan Cawangan serta urusetia. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago