SOALAN LAZIM BAHAGIAN PEMERIKSAAN DOKUMEN
Bahagian Pemeriksaan Dokumen menawarkan pekhidmatan analisis yang berkaitan dengan pemalsuan dokumen iaitu Pemeriksaan Tulisan tangan dan tandatangan, Pemeriksaan Pengubahsuaian Dokumen, Pemeriksaan Tulisan Taip, Identifikasi Proses Percetakan, Pemeriksaan Kesan Tekapan, Analisis Dakwat dan Kertas dan Pemeriksaan Dokumen Rasmi Kerajaan.
Ya, Bahagian Pemeriksaan Dokumen bukan sahaja menerima kes dari agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan tetapi juga dari pihak swasta dan individu perseorangan.
Dokumen yang diperlukan adalah :
- Surat rasmi yang menyatakan dengan lengkap maklumat dokumen-dokumen yang dihantar dan jenis analisis yang dikehendaki.
- Dokumen untuk pemeriksaan iaitu :
- Dokumen yang dipertikaikan
- Spesimen perbandingan (Collected Contemporaneous specimens dan Requested specimens)
Untuk cara penandaan dan maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Bahagian Pemeriksaan Dokumen.
Kadar bayaran analisis adalah bergantung pada bilangan tandatangan dan dokumen yang dipertikaikan. Sila rujuk Garis Panduan Bahagian Pemeriksaan Dokumen atau berhubung terus dengan pegawai di talian 03-79853857 untuk maklumat lanjut.
Sila rujuk piagam pelanggan di laman web KIMIA Malaysia. Walaubagaimanapun, tempoh laporan dikeluarkan adalah juga bergantung pada komplikasi kes tersebut.
Sila kemukakan surat rasmi permohonan mendapatkan Salinan Sah Laporan Kimia, surat kebenaran dari Penasihat Undang-Undang Negeri dan bayaran sebanyak RM300. bagi setiap Salinan Sah Laporan Kimia. Sila hubungi pegawai di talian 03-79853857 untuk sebarang kemusykilan.
Pihak peguam perlukan mengemukakan surat rasmi permohonan, sapina berserta bayaran saksi pakar.
Yuran saksi pakar bagi kehadiran ke mahkamah adalah sebanyak RM100.00 sehari. Selain itu, pihak peguam perlu membayar elaun perjalanan, elaun penginapan dan elaun makan sepanjang tempoh perbicaraan bergantung pada lokasi mahkamah.