SOALAN LAZIM BAHAGIAN KRIMINALISTIK
A. ORANG AWAM
Tidak. Ianya perlu dihantar melalui agensi penguatkuasaan seperti JPJ atau PDRM.
Tidak. Pihak tuan perlu berhubung dengan pihak JPJ untuk maklumat lanjut.
Tidak. Ianya perlu dihantar melalui agensi penguatkuasaan seperti PDRM.
Boleh. Namun tuan perlu melaporkan kejadian tersebut ke pihak polis untuk pihak polis mengambil tindakan susulan seperti menghantar bahan tersebut ke Bahagian Kriminalistik untuk analisis makmal.
Rujuk piagam pelanggan di laman web KIMIA Malaysia.
B. PELANGGAN
Analisis pemeriksaan nombor pengenalan kenderaan iaitu nombor casis dan enjin, pemeriksaan kenderaan kemalangan, analisis bukti surihan seperti cat, kaca, tanah dan fiber, analisis bahan bakar, analisis bahan letupan, analisis barang kemas, pemeriksaan senjata api dan lain-lain. Sila hubungi Bahagian Kriminalistik sekiranya ada permintaan analisis spesifik dengan menghubungi nombor 03=79853851/3852.
Secara amnya Bahagian Kriminalisitik boleh menjalankan pemeriksaan nombor pengenalan yang disetemkan pada permukaan logam. Contohnya seperti nombor pengenalan pada tong silinder gas dan nombor siri pada senjata api.
Rujuk piagam pelanggan di laman web KIMIA Malaysia.
Boleh. Sila buat temujanji dengan Bahagian Kriminalistik dengan menghubungi nombor 03=79853851/3852 bagi kes kemalangan kenderaan dan kes pemeriksaan nombor casis dan enjin. Bagi kes-kes lain seperti kes kebakaran dan letupan Bahagian Kriminalistik akan menilai keperluan tersebut.
Tidak. Sila buat temujanji dengan Bahagian Kriminalistik dengan menghubungi nombor 03=79853851/3852
Bahagian Kriminilistik akan melihat permohonan tersebut dan akan menilai keperluan pemeriksaan semula kenderaan tersebut.
Bahagian Kriminalistik tidak akan menjalankan pemeriksaan nombor casis dan enjin atas kenderaan yang telah dilakukan pengolahan elektrokimia.
Salinan laporan berkaitan pemeriksaan kenderaan kemalangan tersebut boleh diberikan kepada pihak tuan setelah satu surat kebenaran dari pejabat Undang-Undang Negeri dikemukakan. Pihak tuan juga perlu membayar sebanyak RM 300.00 untuk mendapatkan salinan laporan tersebut. Sila rujuk panduan mendapatkan salinan laporan KIMIA Malaysia. (Kalau boleh selaraskan dengan Bahagian Dokumen)
Tidak. Bahagian Kriminalistik hanya boleh menentukan samada terdapat perlanggaran antara kenderaan-kenderaan tersebut dan posisi perlanggaran pertama bagi kenderaan-kenderan yang terlibat berdasarkan kerosakkan kenderaan dan analisis perbandingan cat.
Tidak. Pemeriksaan tayar hanya dijalankan untuk menentukan punca tayar tersebut pecah contohnya disebabkan oleh tusukan benda tajam atau hentaman pada objek keras.