SOALAN LAZIM BAHAGIAN DNA FORENSIK
A. ORANG AWAM / PERSENDIRIAN
Boleh. Orang awam disarankan untuk melayari lawan web https://www.kimia.gov.my/bahagian-dna-forensik/ dan boleh menghubungi kami terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat atau panduan berkenaan analisis sebelum menghantar sampel.
Tidak boleh. Sampel darah boleh diambil di mana-mana klinik yang berdaftar dengan KKM dan dibawa bersama semasa membuat permohonan.
Ada. Bayaran adalah RM1500.00 untuk dua sampel darah pertama serta tambahan RM200 untuk setiap sampel darah berikutnya. Pada masa ini, bayaran adalah secara tunai atau menggunakan cek berpalang ataupun bank draf atas nama “Ketua Pengarah Kimia Malaysia”.
Ada. Bayaran adalah sebanyak RM200 bagi setiap pemeriksaan awal sampel (kesan darah dan kesan air mani) RM100 bagi setiap pemeriksaan awal sampel (keratan kuku dan perbandingan rambut) manakala RM800 untuk analisis DNA_STR bagi setiap sampel. Pada masa ini, bayaran adalah secara tunai atau menggunakan cek.
Tuan perlu lampirkan satu surat rasmi permohonan untuk analisis DNA. Sampel yang ingin dianalisis hendaklah dimasukkan ke dalam peket plastik (contohnya sampel rambut), kemudian masukkannya ke dalam sampul surat biasa dan meteraikan dengan pita pelekat. Letakkan tandaan ringkas (contohnya “A”) sebagai tandaan kepada sampel tersebut.
Ya. Ianya akan dipulangkan semula sekiranya sampel tersebut tidak habis digunakan semasa analisis.
Sila rujuk piagam pelanggan di laman web KIMIA Malaysia. Kami akan menghantar SMS sebagai pemakluman pemungutan kepada pelanggan untuk mengambil laporan.
Sampel swab mulut boleh digunakan untuk ujian paterniti DNA. Swab mulut diperolehi dengan menyapu putik kapas yang bersih dengan kuat keatas permukaan dalam pipi.
Tidak perlu diawet sekiranya sampel darah diserah dalam masa 24 jam. Tetapi jika sebaliknya (diserah selepas 24jam) sampel mesti disejukbekukan sehingga masa penyerahan.
B. PELANGGAN
Kami menawarkan perkhidmatan analisis DNA bagi kes-kes jenayah yang melibatkan kes polis (bunuh, rogol, samun, narkotik, trafik, pengenalpastian mayat, paterniti), kastam (narkotik) dan juga agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan serta analisis DNA untuk sampel-sampel persendirian (pengesanan kehadiran darah/air mani, penentuan rambut manusia) dan ujian paterniti/materniti. Sekiranya ada pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami di talian 03-79853842/3843/3839.
Untuk kes-kes penguatkuasaan melibatkan polis dan agensi kerajaan yang berkaitan, tiada bayaran dikenakan untuk analisis DNA. Untuk kes-kes orang awam/persendirian, terdapat bayaran dikenakan untuk analisis mengikut kuantiti sampel dan jenis analisis yang diperlukan.
Sila rujuk piagam pelanggan di laman web KIMIA Malaysia. Kami akan menghantar SMS sebagai pemakluman pemungutan kepada pelanggan untuk mengambil laporan.
Tidak boleh. Pelanggan perlu datang semula untuk mengambil laporan dan barang-barang kes. Untuk kes-kes orang awam/persendirian, boleh maklumkan kepada pegawai penerima sewaktu penerimaan jika mahu laporan dipos.
Tidak. Salinan laporan hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan dari Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri.
Sekiranya ada pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami di talian 03-79853842/3843/3839 pada waktu pejabat sahaja.