Fungsi Bahagian
Label nutrisi adalah senarai paras nutrien yang dipaparkan pada label sesuatu makanan. Ia bertujuan untuk menyatakan fakta kandungan nutrien sesuatu produk.
Pelabelan dan tuntutan makanan penting bagi melindungi pihak awam daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan kegunaan sesuatu makanan. Ia juga memberi faedah kepada industri makanan tempatan dalam memperkembangkan profil produk mereka kepada pengguna, bagi tujuan strategi pemasaran dan meningkatkan peluang memperdagangkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Bahagian Kualiti Makanan menyediakan analisis yang meliputi semua keperluan dalam pelabelan makanan. Analisis-analisis ini termasuk analisis nutrien-nutrien yang wajib diisyhtiharkan pada label iaitu:
- Tenaga
- Protein
- Karbohidrat
- Lemak
- Jumlah Gula (bagi air sedia diminum)
- Lain-lain (Vitamin, asid lemak dan mineral)
Sila klik untuk melihat senarai perkhidmatan analisis yang disediakan.