Kunjungan Hormat Pegawai Siasatan Di Unit Integriti MESTECC
Satu kunjungan hormat dari En. Ho Ka Nyan, Pegawai Siasatan Di Unit Integriti, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) keatas Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).
Pertemuan ini antara lain membincangkan mengenai CRM (corruption risk management ) bagi Pelan Anti Rasuah Jabatan Kimia Malaysia.
Majlis Pelantikan Dan Penghargaan Mentor & Menti sesi 2019/2020.
Majlis yang telah diadakan di Bilik Seminar PTM ini telah dirasmikan oleh Puan Elliza Binti Mat Nor, Pengarah Pusat Latihan Kimia Malaysia.
Tahniah buat pasangan mentor & menti terbaik daripada KIMIA Kedah.
Semoga program pementoran ini dapat meningkatkan produktiviti dan menghasilkan pegawai yang kompeten dalam menjalankan tugas.
INISIATIF MESTECC 2020
Satu Program MESTECC 2020: Kuasai. Laksana. Ungguli! telah diadakan di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South, Kuala Lumpur.
Program yang dianjurkan untuk berkongsi Inisiatif MESTECC 2020 ini, akan turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung antaranya ialah Citra Angkasa Bersama Angkasawan Negara, kaunter semakan rebat bil elektrik, STI Career Pathway Talk, pocket talks, ESTECC Education in School, Mobile Science on Wheels, explorace, Klinik Dana dan Klinik Insentif Hijau.
Jabatan Kimia Malaysia turut terlibat didalam mengadakan pameran di program berkenaan dimana Pameran Inisiatif Analisa Halal dan Pameran Inisiatif Analisa Gula turut dipamerkan.
Bilangan Transaksi Online Bagi Tahun 2019
Bilangan Transaksi Online Bagi Tahun 2020


























