Laman Web Rasmi
JABATAN KIMIA MALAYSIA

FAQ
FAQ
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklumbalas
Maklumbalas
peta laman
Peta Laman
Search
Close this search box.

25 Februari 2021

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MR) Sistem Kualiti KIMIA Malaysia bagi tahun 2020 anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti dan Inovasi, Pusat KUALITI Ibu Pejabat telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman dan dihadiri oleh semua Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri/Cawangan, Pengurus Kualiti makmal SAMM dan ANAB.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi ini membentangkan kajian input dan output tahun 2020 bagi sistem kualiti MS ISO/IEC 17025:2017 dan ANAB ISO/IEC 17025:2017.

Mesyuarat ini merupakan platform utama bagi semua ahli mesyuarat dalam mengutarakan sebarang isu dan permasalahan berkaitan kualiti analisis di makmal untuk mendapatkan jalan penyelesaian secara tuntas.

Diharap mesyuarat telah mencapai objektif dan menjadi pemangkin kepada semua makmal meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan selaras dengan slogan baharu jabatan ‘beyond expectation’.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MR) Sistem Kualiti KIMIA Malaysia bagi tahun 2020 anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti dan Inovasi, Pusat KUALITI Ibu Pejabat telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
Categories: Berita