Fungsi Bahagian
Sebilangan besar sampel yang diterima untuk dianalisis oleh Bahagian Kualiti Makanan dibawah spesifikasi Kementerian Pertahanan dan kontrak Pusat Perbendaharaan. Perkhidmatan ini dijalankan bagi memastikan pihak Kementerian Pertahanan dan Pusat Perbendaharaan dapat mengawasi bekalan makanan yang diedarkan oleh pembekal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam tender/kontak mereka.
Semua bekalan makanan yang dipeolehi dari pengedar ke kem-kem tentera dan sebagainya hendaklah dihantar ke Bahagian Kualiti Makanan sebelum penggunaanya. Antara sampel-sampel yang dihantar adalah beras, kicap, cili sos, tomato sos, minyak masak, susu pekat dan lain-lain lagi.Setiap sampel dianalisis mengikut parameter untuk spesifikasi yang ditetapkan, manakala penggredan beras dijalankan berdasarkan keperluan yang ditetapkan Lembaga Padi dan Beras Negara.
Sila klik disini untuk senarai penuh analisis yang disediakan